Permohonan Bantuan RM500 – RM1,000 Dibuka Sehingga 30 September 2025: Ini Cara Memohonnya
Menjadi seorang mahasiswa bukan sekadar tentang menimba ilmu di menara gading, tetapi juga perjalanan kehidupan yang penuh dengan cabaran kewangan serta pengurusan diri. Ramai dalam kalangan mahasiswa hari ini berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, terutama mereka yang belajar di bandar-bandar besar.
Perbelanjaan harian seperti makanan, tempat tinggal, pengangkutan, serta bahan pembelajaran sering kali menelan belanja yang tinggi dan memberi tekanan kepada kewangan pelajar. Walaupun ada bantuan kerajaan atau pinjaman pendidikan yang disediakan, jumlah tersebut kadangkala masih tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan kos hidup sepanjang tempoh pengajian.
Selain itu, sebahagian mahasiswa datang daripada keluarga berpendapatan rendah atau sederhana, menjadikan mereka perlu lebih berhati-hati dalam mengurus perbelanjaan. Ada juga yang memilih untuk bekerja sambilan demi menambah pendapatan, namun hal ini boleh menjejaskan tumpuan terhadap pelajaran jika tidak diurus dengan baik.
Kos sewaan rumah atau asrama, ditambah dengan keperluan membeli buku rujukan dan alat teknologi seperti komputer riba, menjadikan cabaran sara hidup semakin dirasai.
Lebih membimbangkan, isu inflasi serta kenaikan harga barang turut menekan kehidupan mahasiswa. Keadaan ini bukan sahaja menguji keupayaan mereka mengurus kewangan, malah turut memberi kesan kepada kesihatan mental kerana wujudnya tekanan untuk menyeimbangkan antara akademik dan kewangan.
Justeru, memahami cabaran sara hidup mahasiswa adalah penting, bukan sahaja untuk pihak berwajib dalam menggubal dasar, tetapi juga bagi masyarakat agar lebih peka dan menyokong golongan muda ini dalam meniti kehidupan sebagai pelajar.
Di samping itu, terdapat juga pihak Kerajaan Negeri yang telah memperkenalkan bantuan khusus kepada para mahasiswa seperti Bantuan Sara Diri 2025. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan.
Bantuan RM500 – RM1,000 Kepada Mahasiswa
Kerajaan Negeri Perak telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Sara Diri. Objektif utama bantuan ini adalah bagi meringankan beban perbelanjaan harian mahasiwa di institut pengajian tinggi (IPT).
Bantuan Sara Diri ditetapkan dengan kadar berikut:
- RM500: Pelajar Diploma
- RM700: Pelajar Ijazah Sarjana Muda
- RM800: Pelajar Ijazah Sarjana
- RM1,000: Pelajar peringkat Doktor Falsafah (PhD)
Syarat-Syarat Kelayakan
- Anak kelahiran Negeri Perak (Warganegara Malaysia) seperti berikut:
- Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau
- Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung); atau
- Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung)
- Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
- Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) daripada setiap IPT tidak layak untuk memohon bantuan ini;
- Pelajar di peringkat Pra-Universiti, Sijil dan daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak layak untuk memohon bantuan ini;
- Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan penghulu / ketua kampung / wakil rakyat / pegawai kerajaan kelas A / Pegawai HEP IPT;
- Isi Rumah (Ibu dan Bapa / Penjaga / Pemohon / Pasangan) keluarga berpendapatan RM5,000 dan kebawah (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila lampirkan salinan pendapatan sendiri / pasangan;
- Mahasiswa memperolehi PNG 3.00 dan ke atas bagi semester terkini;
- Semua permohonan wajib dihantar melalui permohonan secara atas talian dan secara serahan kaunter / pos. (Sila rujuk langkah-langkah permohonan);
- Pemberian setahun sekali sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.
Cara Memohon
Untuk makluman, permohonan Bantuan Sara Diri Fasa 2 2025 dibuka mulai 1 Ogos 2025 hingga 30 September 2025. Permohonan bantuan ini boleh dikemukakan di Portal Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Setiap pemohon juga perlu memastikan dokumen-dokumen berikut disediakan:
- BORANG PERAKUAN DAN SENARAI SEMAK: Borang perakuan dan Senarai Semak ini boleh dimuat turun di laman web EHEYNS dan wajib disertakan bersama-sama dokumen yang diperlukan.
- Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) pelajar, ibu dan bapa / penjaga /pasangan yang lahir di Perak.
- Salinan KAD PELAJAR.
- Salinan PENYATA AKAUN BANK pelajar yang aktif.
- SALINAN TRANSKRIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN bagi semester terkini. Bagi pelajar Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam mod penyelidikan, sila lampirkan surat pengesahan sedang belajar dari institut pengajian.
- PENYATA PENDAPATAN (isirumah) bapa & ibu / penjaga / pemohon / pasangan. Sekiranya pesara, sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri / tidak bekerja (termasuk suri rumah), sila dapatkan pengesahan pendapatan / pengesahan tidak bekerja. Penerimaan penyata pendapatan hanya bagi tahun semasa sahaja.
- Salinan SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN/ SIJIL KEMATIAN/ SIJIL BERCERAI (jika berkaitan).
Diingatkan bahawa semua dokumen hendaklah dimuat naik dalam format PDF semasa membuat permohonan secara atas talian. Semua dokumen juga perlu disahkan oleh PENGHULU / KETUA KAMPUNG / WAKIL RAKYAT / PEGAWAI KERAJAAN KELAS A / PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR (HEP) IPT.
Dokumen-dokumen itu kemudiannya perlu dihantar ke PEJABAT PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENGAJIAN TINGGI, BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK melalui POS / SERAHAN KAUNTER selepas membuat permohonan secara atas talian.
Maklumat lebih lengkap dan terperinci tentang Bantuan Sara Diri ini sila rujuk di Portal EHEYNS – DI SINI.