Bantuan RM1,200 akan dikreditkan kepada penerima B40: Ini tarikh pembayaran & cara semak status

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pembayaran STR Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 telah selesai dibuat kepada mereka yang berkelayakan sama ada dalam kategori isi rumah, warga emas atau bujang.

Manakala, bagi pembayaran Fasa 4 pula – ia akan dibuat dengan kadar berikut kepada setiap kategori penerima:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 2: RM200

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Untuk makluman, pembayaran STR Fasa 4 dijadualkan pada bulan November 2023. Namun begitu, tarikh rasmi pembayaran secara tepat akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan pihak Kerajaan.

Berkenaan dengan kaedah pembayaran pula, ia akan dibuat seperti mana fasa-fasa sebelumnya iaitu secara kredit terus ke akaun bank penerima.

Akan tetapi, bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau ia berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *