Bantuan Hari Kebangsaan 2025 Dikreditkan Minggu Ini: Tidak Perlu Memohon & Maklumat Jumlah Bayarannya

Dalam kehidupan seharian, barangan keperluan merupakan aspek paling penting yang tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat. Sama ada makanan, pakaian, perumahan mahupun kemudahan asas lain, semua ini adalah perkara yang perlu ada untuk memastikan kelangsungan hidup berjalan dengan baik. Tanpa barangan keperluan, kehidupan menjadi lebih sukar kerana ia berkait rapat dengan kesejahteraan, kesihatan, dan kualiti hidup seseorang individu serta keluarga.

Barangan keperluan boleh dibahagikan kepada pelbagai kategori. Antara yang utama ialah makanan dan minuman, iaitu sumber tenaga untuk tubuh manusia. Selain itu, pakaian juga dianggap penting bagi melindungi diri daripada cuaca panas atau hujan, manakala perumahan pula memberikan tempat berlindung yang selesa dan selamat. Dalam konteks moden, barangan keperluan turut meliputi kemudahan komunikasi, pengangkutan, serta barangan penjagaan kesihatan yang semakin mendapat perhatian.

Walau bagaimanapun, harga barangan keperluan sering menjadi isu utama masyarakat. Kenaikan kos sara hidup menyebabkan ramai yang lebih berhati-hati dalam membuat pilihan. Ada yang terpaksa menukar jenama, membeli dalam kuantiti lebih kecil, atau mencari alternatif yang lebih murah bagi memastikan bajet keluarga tidak terbeban. Perubahan pola penggunaan ini jelas menunjukkan bahawa barangan keperluan bukan sahaja berkaitan dengan keperluan asas, tetapi turut mencerminkan keadaan ekonomi semasa.

Oleh itu, memahami kepentingan barangan keperluan dan bagaimana ia mempengaruhi kehidupan harian amatlah penting. Ia bukan sekadar soal membeli dan menggunakan, tetapi juga melibatkan aspek perancangan kewangan, keutamaan dalam perbelanjaan, serta kesedaran untuk membuat pilihan bijak demi kelangsungan hidup yang lebih seimbang dan berkualiti.

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan (Hari Merdeka) tahun ini, pihak Kerajaan telah memperkenalkan bantuan bersangkutan dengan barangan keperluan harian ini. Berikut adalah maklumat lanjutnya.

Bantuan Hari Kebangsaan 2025

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangaan 2025 ini, pihak Kerajaan telah bersetuju memberikan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 ‘one-off’.

Bantuan ini akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dan tidak melibatkan sebarang permohonan. Ini kerana, bantuan berkenaan diberikan secara automatik kepada setiap yang layak.

RM100 itu akan dikreditkan ke MyKad setiap penerima dan mereka kemudiannya boleh menggunakan MyKad masing-masing untuk membeli barangan keperluan harian secara tanpa tunai.

Antara barangan yang boleh dibeli dengan SARA adalah beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, barang kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barang keperluan sekolah.

Pembelian pula boleh dibuat di lebih daripada 1,200 rakan niaga seluruh negara – merangkumi seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Pengkreditan SARA bersempena Hari Kebangsaan ini akan dibuat pada 31 Ogos 2025 dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.

Cara Buat Pembelian

Pembelian dengan menggunakan SARA boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Tukar Nombor Pin
    • Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu.
  • Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin  dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Urusan semakan kelayakan dan kelulusan SARA pula boleh dibuat melalui Portal MyKasih (bermula pada 21 Ogos 2025) dengan tatacara berikut:

  • Layari Portal MyKasih;
  • Klik butang ‘Semak Kelayakan’
  • Isi maklumat nombor Kad Pengenalan (IC) di ruang yang disediakan;
  • Maklumat kelulusan SARA akan dipaparkan.

Untuk info yang lebih terperinci tentang Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh dirujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Info Tambahan

Selain pengumuman SARA sempena Hari Kebangsaan, pihak Kerajaan turut mengumumkan penurunan harga RON95 kepada RM1.99/seliter. Ia sekaligus akan memberi manfaat kepada sekitar 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig.

Pelaksanaan harga ini akan berkuatkuasa pada akhir September 2025 dan hanya diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja. Manakala, bagi warga asing – mereka perlu membayar pada harga pasaran tanpa subsidi.

“Pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar Kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat, dan mengurangkan pembaziran subsidi. Bagi tahun 2023 dan 2024, subsidi RON95 sahaja dianggarkan menelan belanja hampir RM20 bilion setahu – sungguhpun tahun ini harga minyak dunia mengalami penyusutan, harga petrol RON95 tanpa subsidi masih sekitar RM2.50 seliter jauh lebih tinggi daripada harga bersubsidi untuk rakyat,” petikan ucapan Perdana Menteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *