RM200 Dibayar Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Januari 2025): Ini Maklumat Penuhnya

Musim tengkujuh sering kali menjadi detik yang mencabar bagi kebanyakan rakyat Malaysia, khususnya mereka yang tinggal di kawasan rendah atau berhampiran sungai. Fenomena cuaca ini, yang biasanya berlaku antara November hingga Mac, membawa hujan lebat berterusan yang boleh menyebabkan banjir, angin kencang, serta gelombang laut yang tinggi di kawasan pesisir.

Setiap tahun, kita mendengar laporan tentang rumah yang ditenggelami air, jalan raya yang tidak dapat dilalui, dan kehilangan harta benda. Namun, kesannya bukan sekadar kerosakan fizikal – emosi dan mental individu serta komuniti turut terjejas. Selain itu, risiko penyakit bawaan air, seperti leptospirosis dan denggi, juga meningkat akibat genangan air.

Walau bagaimanapun, cabaran musim tengkujuh ini boleh dihadapi dengan lebih berkesan jika persediaan rapi dibuat lebih awal. Sama ada dalam bentuk menyediakan kit kecemasan, memastikan sistem saliran rumah berfungsi baik, atau mengambil langkah pencegahan seperti mendapatkan insurans perlindungan bencana, setiap usaha kecil mampu membuat perbezaan besar.

Musim ini juga boleh menjejaskan pendapatan para petani, peladang dan penoreh getah. Oleh hal itu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dan berikut adalah penerangannya.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) merupakan bantuan tahunan Kerajaan yang dikawal selia oleh RISDA bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatannya terjejas akibat musim tengkujuh. Inisiatif ini merupakan salah satu cara untuk membantu mereka yang terkena dampak buruk musim ini setiap tahun.

Syarat-syarat kelayakan bagi menerima bantuan ini adalah seperti berikut:

Pekebun Kecil – Pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan/atau mengusahakan lot bertanam getah 

  • Warganegara Malaysia 
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA 
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar 
  • Pemilik tanah yang sah 
  • Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA 
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA)
     

Penoreh – Mereka yang menoreh di kebun getah pekebun kecil dan bukan pemilik tanah 

  • Warganegara Malaysia 
  • Penoreh berdaftar dengan RISDA 
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar 
  • Mendapat pengesahan pemilik tanah/wakil yang sah 
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (wajib bagi penoreh) 

Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM800, dan berikan secara berperingkat dengan kadar RM200 setiap bulan. Jadual pembayarannya seperti berikut:

  • November 2024: RM200
  • Disember 2024: RM200
  • Januari 2025: RM200
  • Februari 2025: RM200

 

Pembayaran dibuat dengan kaedah dikredit terus ke akaun penerima. Oleh hal demikian, pembayaran bantuan ini tidak melibatkan pengambilan tunai di mana-mana lokasi.

Bagi yang telah membuat permohonan, semakan kelulusan BMT boleh dibuat dengan kaedah berikut:

  • Langkah 1: Layari Portal Pekebun Kecil RISDA;
  • Langkah 2: Masukkan No. Kad Pengenalan
  • Langkah 3: Klik butang ‘Semak.’
  • Langkah 4: Status permohonan bantuan dipaparkan.

Rayuan permohonan dibuka kepada semua pekebun kecil dan penorehgetahyang ingin membuat semakan semula permohonan yang ditolak keranasemakan awal mendapati permohonan tersebut tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan bantuan. Pemohon boleh menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan BMT disemak/diluluskan atau mengemaskini semula permohonanmelalui Portal Pekebun Kecil RISDA sebelum tarikh tutup permohonan rayuan. 

Untuk maklumat, hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama iaitu sama ada pemilik tanah (Pekebun Kecil) atau orang yang menoreh (Penoreh) dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi. 

Pihak Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM127.4 juta sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada 318,642 pekebun kecil di seluruh negara. Selain melalui RISDA, bantuan berkenaan turut meliputi pekebun kecil Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *