RM200 Dikreditkan Terus Ke Akaun Bulan Ini (Mei 2025): Maklumat Penuh Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025

Menjadi pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) bukan sekadar tentang menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan atau menghadapi peperiksaan. Di sebalik kejayaan segulung ijazah, tersembunyi pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi, terutama sekali berkaitan dengan kos sara hidup yang semakin membebankan.

Ramai yang beranggapan bahawa kehidupan pelajar adalah mudah kerana dibantu dengan pinjaman pendidikan atau sokongan keluarga. Namun hakikatnya, ramai pelajar terpaksa mengikat perut, bekerja sambilan, malah ada yang bergelut untuk membayar sewa rumah, membeli makanan, dan menanggung perbelanjaan harian.

Kenaikan harga barang, kos pengangkutan, yuran pengajian yang tinggi serta keperluan teknologi seperti laptop dan internet menjadikan tekanan kewangan semakin ketara. Malah, pelajar luar bandar yang berhijrah ke bandar besar sering berdepan kejutan kos sara hidup yang jauh berbeza daripada kampung halaman mereka. Bagi yang tidak mendapat bantuan kewangan mencukupi, pilihan yang ada sangat terhad – ada yang terpaksa menangguhkan pengajian atau mengorbankan kesihatan demi berjimat.

Dalam keadaan ini, aspek pengurusan kewangan dalam kalangan pelajar menjadi semakin penting. Namun, tidak semua pelajar IPT diberi pendedahan mencukupi tentang bagaimana untuk mengurus wang secara berhemah. Tambahan pula, tekanan akademik yang tinggi boleh menjejaskan fokus terhadap perancangan kewangan jangka panjang.

Maka, sudah tiba masanya untuk memberi perhatian serius terhadap isu sara hidup pelajar IPT. Bukan sahaja perlu ada intervensi daripada pihak kerajaan dan institusi pengajian, malah masyarakat juga harus lebih peka akan realiti yang dihadapi oleh generasi muda yang sedang berjuang membina masa depan mereka.

Prihatin dengan hal itu, terdapat Kerajaan Negeri yang telah memperkenalkan Bantuan Sara Hidup bagi mahasiswa yang memerlukan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan.

Bantuan Sara Hidup (BSH) Mahasiswa Anak Negeri Sembilan

Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH) Mahasiswa Anak Negeri Sembilan. Bermula pada tahun 2025, kadar bantuan ini telah ditingkatkan kepada RM200 setiap bulan, berbanding RM150 sebelum ini.

Syarat-syarat kelayakan bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Pemohon kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31 DAN Alamat menetap pemohon di Negeri Sembilan; ATAU
  • Bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapitTelah bersekolah di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 6 tahun (Sila kemukakan sijil tamat
    berhenti Sekolah Rendah dan Menengah); DAN
  • Layak kepada pemohon peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda IPTA AWAM semester satu hingga tamat pengajian (semester akhir). (UNIVERSITI DAN POLITEKNIK SEPENUH MASA); DAN
  • Keluarga (Ibu/ bapa) merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dari Kerajaan Malaysia (wajib);
  • Pendapatan isi rumah ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi RM5,000.00 kebawah golongan B40;
  • Borang YNS 1/B Borang Pengesahan Pemastautin Negeri Sembilan perlu disahkan oleh ADUN Penghulu, Ketua Kampung, Pengerusi jkkk, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/Taman Perumahan;
  • Borang Pengesahan Belajar (SPB) Borang YNS 2/A – Perlu disahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau Bahagian Hal Ehwal Akademik Universiti / Politeknik sahaja.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi yang hendak mengemukakan permohonan, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Yayasan Negeri Sembilan (YNS). Pemohon kemudiannya perlu memuatnaik dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa;
  • Borang PEMASTAUTIN NS YNS 1/B (B – Borang Pengesahan Pemastautin Negeri Sembilan perlu disahkan oleh Adun Penghulu, Ketua Kampung, Pengerusi jkkk, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/Taman Perumahan);
  • Surat Pengesahan BELAJAR (SBPANS) BORANG YNS 2/B
    • Guna surat pengesahan belajar dilaman web yns dan sahkan oleh pihak fakluti Universiti /politeknik;
    • Tidak perlu menggunakan surat pengesahan belajar (spb) yang dikeluarkan dari Universiti/politeknik;
  • Surat Tawaran Belajar;
  • Akaun bank – slip bank (depan sahaja);
  • Sijil Berhenti Sekolah tahun 6 dan tingkatan 5 (perlu (6 tahun) jika bukan lahir ns. Pemohon yang lahir NS 05/59/31 tidak perlu bagi sijil ini);
  • Penyata gaji (perlu cop majikan) atau Surat Pengesahan Pendapatan bapa;
  • Penyata gaji (perlu cop majikan) atau Surat Pengesahan Pendapatan ibu;
  • Penyata Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ibu atau bapa LHDN – (Wajib);
  • Lain – lain dokumen sokongan (jika ada) Sijil Kematian / Sijil Cerai
    • E-bantuan JKM Bantuan Kebajikan – Jabatan Kebajikan Masyarakat; atau
    • Skim Bantuan Baitulmal – Baitulmal; atau
    • Skim Bantuan Zakat – Pusat Zakat

Maklumat lebih terperinci serta lengkap Bantuan Sara Hidup (BSH) Mahasiswa Anak Negeri Sembilan boleh dilihat dan rujuk di Portal Yayasan Negeri Sembilan – DI SINI.

Info Tambahan

Yayasan Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1979 dan mula beroperasi pada 1 Januari 1980. Tujuan uatama penubuhan yayasan ini adalah bagi membolehkan ia menjalankan aktiviti sosial dan ekonomi terutama dalam aktiviti menaja dan memajukan peluang mendapat pendidikan di kalangan rakyat Negeri Sembilan melalui pinjaman pendidikan, biasiswa dan bantuan kewangan.

Di samping itu, Yayasan Negeri Sembilan juga menjalankan aktiviti memberi bantuan dan pertolongan kepada pertubuhan atau badan-badan untuk maksud khairat, saintifik, perubatan, kebajikan, kemasyarakatan, pendidikan dan memberi sumbangan untuk meringankan beban akibat malapetaka seperti banjir, kebakaran dan lain-lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *