RM300 Dibayar Ke Akaun Bank Penerima Bulan Ini (November 2024): Ini Maklumat Lengkap BSH

Kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi cabaran utama bagi kebanyakan rakyat Malaysia, termasuk golongan veteran tentera. Setelah bertahun-tahun berkhidmat mempertahankan negara, ramai antara mereka kini menghadapi cabaran baru dalam kehidupan sivil. Dengan pendapatan yang terhad, ditambah pula dengan kos barangan keperluan harian, kesihatan, dan perumahan yang terus melonjak, kehidupan pasca perkhidmatan kadangkala boleh menjadi beban yang tidak dijangka.

Golongan veteran sering kali memerlukan sokongan tambahan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan selepas bersara, terutama bagi mereka yang mengalami kecederaan fizikal atau trauma akibat perkhidmatan. Realiti ini menjadikan bantuan kewangan, perubatan, dan sosial sebagai keperluan penting untuk membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih selesa.

Kerajaan dan pelbagai organisasi bukan kerajaan (NGO) telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk meringankan beban veteran. Antaranya termasuklah elaun khas untuk golongan pesara tentera, bantuan pendidikan untuk anak-anak mereka, serta skim subsidi perubatan dan perumahan. Bantuan ini bertujuan untuk menghargai jasa mereka yang telah mempertaruhkan nyawa demi kedaulatan negara.

Namun, ramai veteran mungkin tidak mengetahui sepenuhnya tentang bantuan yang tersedia, atau merasa sukar untuk mengaksesnya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab semua pihak, termasuk komuniti, untuk memastikan informasi tentang program ini sampai kepada mereka yang memerlukan.

Untuk makluman, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah insiatif yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH). Ini adalah maklumat lanjutnya: –

Bantuan Sara Hidup (BSH)

Di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, terdapat sebuah insiatif yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH). Bantuan ini diberikan kepada Veteran ATM dan bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian.

Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM300 dan diberikan setiap bulan kepada mereka yang layak dan diluluskan permohonan mereka.

Kriteria syarat-syarat kelayakan bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Merupakan veteran ATM:
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak;
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

Cara Memohon Bantuan Sara Hidup (BSH)

Permohonan bantuan ini boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 secara lengkap oleh pemohon atau warisnya.  Setiap maklumat yang diberikan hendaklah benar dan tepat serta pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dihantar melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran. Permohonan kemudiannya akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP). Dimaklumkan juga bahawa setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat.

Permohonan akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.

Veteran ATM seterusnya boleh mengemukakan permohonan untuk melanjutkan bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat tempoh tiga tahun itu.

Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JHEV  – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *