Bantuan Khas Hari Raya RM250 – RM500 dibayar pada Isnin ini: Senarai penerima yang layak
Kurang beberapa minggu lagi masyarakat Islam di seluruh negara akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Berdasarkan jangkaan, sambutan hari mulia itu akan jatuh pada 03 Mei 2022, Selasa.
Dengan suasana yang semakin mendekati hari kebesaran berkenaan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Antaranya termasuklah: –
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Melalui pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – pihak kerajaan telah bersetuju memperkenalkan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak RM500 dan RM250.
Kategori terlibat yang bagi menerima bantuan-bantua kewangan ini adalah:
- RM500: Semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.
- RM250: Semua pesara penjawat awam.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Di maklumkan bahawa pembayaran juga dibayar kepada kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP.
Tarikh Pembayaran
Berkenaan dengan tarikh pembayaran bantuan, ia akan disalurkan kepada setiap yang layak pada 25 April 2022, Isnin bersama dengan bayaran gaji untuk bulan April 2022.
Secara keseluruhannya, bantuan khas kewangan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta bagi manfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara.
Perdana Menteri berkata, pemberian bantuan itu dibuat lebih awal atas keprihatinan kerajaan supaya kakitangan awam dapat membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri.
Ia turut menjadi simbol menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.