Bantuan RM1,000 Bagi Setiap Pasangan Pendapatan Bawah RM5,000. Ini Senarai Bantuan BKBJ Yang Baru Diumumkan

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, negeri atau syarikat korporat sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang terbaru adalah Bantuan BKBJ yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan tersebut yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Antara Inisiatif Bantuan BKBJ

  1. Inisiatif i-Berkat: Bakal membantu 1,600 golongan B40, warga emas dan OKU dengan dana RM1 juta diperuntukkan. Di bawah skim ini, penerima boleh membeli barang keperluan seperti pesakit kronik dan terlantar.
  2. Insentif mesra PPR: Pengecualian sewa rumah PPR bagi tahun 2022 kepada 11,511 penyewa membabitkan peruntukkan RM22.25 juta.
  3. Insentif mesra Rumah Sewa Kerajaan (RSK): Pengecualian sewa rumah kerajaan bagi tahun 2022 kepada 3,020 penyewa dengan melibatkan dana sebanyak RM 3.95 juta
  4. Bantuan Raja Sehari:
    Bantuan RM1,000 akan diberikan kepada setiap pasangan pengantin yang pertama kali berkahwin dengan pendapatan bersama RM5,000 ke bawah. Inisiatif ini melibatkan peruntukan RM10 juta.
  5. Bantuan geran kepada Southern Volunteers yang melibatkan dana sebanyak RM800,000.
  6. Bantuan geran kepada Majlis Belia Negeri Johor sebanyak RM200,000
  7. Bantuan geran kepada Dewan Muda Johor sebanyak RM200,000

Sertai Channel Telegram: https://t.me/jawatankerja

Syarat Kelayakan

  • Kerajaan Johor menyediakan Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ) dengan peruntukan berjumlah RM144.36 juta yang bakal memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat di negeri ini menjelang Aidilfitri.
  • BKBJ merupakan inisiatif kerajaan Johor bagi membantu rakyat selepas peralihan fasa endemik.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai bantuan BKBJ, anda boleh menghubungi seperti maklumat yang tertera di bawah:

Pejabat Menteri Besar Johor,
Aras 4,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri

No tel: 607-266 6355 / +607-266 6365

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *