Ada lesen B2 yang sah: Ini cara memohon sehingga RM10,000 untuk baiki & beli motosikal
Di kala keadaan negara yang berdepan dengan ancaman pandemik, pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan – yang salah satunya melalui TEKUN Nasional.
Antaranya adalah Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 yang memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat pandemik.
Melalui TEKUN Mobilepreneur 4.0, mereka yang layak boleh menerima pembiayaan dari RM1,000 sehingga RM10,000 untuk:
- Baik pulih motosikal;
- Pembelian motosikal;
- Modal pusingan.
Kelayakan Permohonan
- Warganegara Malaysia (Bumiputera / India);
- Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun);
- Pemohon bukan seorang yang muflis;
- Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah;
- Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar;
- Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;
- Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal;
- Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan;
- Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT);
- Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.
Dokumen-dokumen Diperlukan
- Borang permohonan pembiayaan (JPP02 / JPP17) Gambar pemohon ukuran passport;
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang;
- Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah;
- Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal;
- Salinan geran motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;
- Salinan cukai jalan motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;
- Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;
- Surat sokongan Syarikat e-Hailing / Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing;
- Salinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir);
- Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon);
- Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat mendapatkan skim ini, permohonan boleh dikemukakan di pejabat TEKUN Nasional terdekat (KLIK SINI untuk senarai alamat Cawangan Pejabat TEKUN Nasional).
Tempoh bayaran balik pembiayaan ini juga adalah antara 1 tahun sehingga 3 tahun.
Ditegaskan juga bahawa pihak TEKUN Nasional tidak melantik ejen / wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 ini.
Untuk maklumat terperinci berkenaan pembiayaan ini, sila rujuk – DI SINI (PDF).