Tanpa Mengira Pendapatan Isi Rumah, Bantuan BAP RM150 Akan Disalurkan Januari Ini. Berikut Senarai Penerima

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.

Bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.

Salah satu bantuan tersebut adalah Bantuan BAP yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.

Bantuan Tunai Rakyat & Senarai Penerima

Ini merupakan berita gembira apabila kerajaan melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150.

Pemberian bantuan itu melibatkan semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.

Advertisement
Advertisement

Tarikh Bayaran Bantuan

Bantuan ini akan disalurkan bermula 12 Januari 2023.

Cara Bantuan Disalurkan

Peruntukan BAP itu dikreditkan ke akaun sekolah dan ia akan diagihkan secara tunai atau dikreditkan ke dalam akaun murid. Tiada sebarang borang atau dokumen perlu diisi oleh murid atau ibu bapa sebelum menerima BAP.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi seperti maklumat di bawah:

Alamat: Kementerian Kewangan Malaysia
No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 WP PUTRAJAYA.
Telefon: 03-8000 8000

Kerajaan akan mengumumkan mengenai bantuan ini dari semasa ke semasa.

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *