Rumah PPR dengan sewa RM250 & RM260 sebulan: Cara memohon & mereka yang layak
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Antaranya termasuklah melalui Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa. Berikut adalah maklumatnya:-
Rumah PPR
Program PPR Disewa pada mulanya diper kenalkan pada Februari 2002 dengan tujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran iaitu golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan.
Ciri-ciri utama rumah PPR adalah seperti berikut:
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan rumah: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
- Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan;
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Untuk makluman, senarai PPR Disewa boleh dilihat di portal TEDUH KPKT – DI SINI dan ia akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Dalam masa sama, permohonan PPR Disewa pula boleh dibuat secara dalam talian dengan pergi pada projek PPR yang sedang dibuka dan klik pada ‘MOHON DI SINI’.