RM100 Dikreditkan Setiap Bulan Kepada Penerima STR Dengan Syarat Khusus: Ini Maklumat Lengkap

Pada setiap tahun, pihak Kerajaan akan membentangkan belanjawan untuk dimanfaatkan kepada pembangunan negara dan rakyat. Bagi Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan seperti Sumbangan Asas Rahmah yang juga merupakan bantuan tambahan kepada penerima STR sedia ada yang menepati syarat-syarat khusus. Berikut adalah maklumat lengkapnya.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah atau SARA merupakan bantuan tambahan yang diperkenalkan oleh Kerajaan kepada para penerima Sumgangan Tunai Rahmah (STR). Cumanya, bantuan tambahan ini diberikan kepada penerima STR yang menepati syarat-syarat khusus seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Dimaklumkan bahawa SARA tidak melibatkan sebarang permohonan, dan ia akan diberikan kepada mereka yang layak secara automatik.

Bantuan RM100 Setiap Bulan di Bawah SARA

Pada tahun 2024 ini, pihak Kerajaan telah melaksanakan pelbagai penambaikan terhadap SARA iaitu:

  • Memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
  • Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan
  • Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

Pembayaran SARA pula datang dengan dua kaedah utama iaitu:

  • Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan)
    • Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
    • Advertisement
      Advertisement
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan
    • Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

Cara Menggunakan SARA

Bagi mereka yang menerima SARA di Semenanjung Malaysia, SARA boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Pada ketika ini, terdapat lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Tatacara menggunakannya pula seperti berikut:

  • Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan:  Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Baki elaun bulanan SARA yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Akan tetapi, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *