Semakan STR Fasa 3: Jumlah bayaran, tarikh & senarai penuh penerima B40 & M40

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan Kerajaan, sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai yang diperkenalkan atau diteruskan di bawah Belanjawan 2024.

Ia termasuklah dengan meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR kepada mereka daripada kalangan B40 dan M40. Bantuan ini pada asasnya merupakan kesinambungan bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan pelbagai lagi.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan tunai kepada rakyat Malaysia dengan kadar tertentu, khususnya kepad mereka berpendapatan rendah dan sederhana. Ia juga diperkenalkan bagi membantu rakyat dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Bagi tahun 2024 ini, STR diberikan kepada penerima dari kalangan isi rumah, warga emas dan bujang yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Jumlah Bayaran STR

Berkenaan jumlah bayaran STR, ia diberikan dengan kadar tertentu mengikut kategori penerima (isi rumah/warga emas/bujang), kadar pendapatan bulanan dan jumlah tanggungan. Bagi tahun 2024, kadar keseluruhan STR ditetapkan seperti berikut:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM1,000
    • Bilangan anak 1 – 2: RM1500
    • Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM2,500
    • Advertisement
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM500
    • Bilangan anak 1 – 2: RM750
    • Bilangan anak 3 – 4: RM1,000
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,250
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Kadar STR: RM350
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • Kadar STR: RM600

Pembayaran STR dibuat sebanyak empat fasa pada tahun ini. Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun selesai dilaksanakan pada bulan Januari dan April lalu. Manakala, pembayaran STR Fasa 3 pula akan dibuat pada bulan Ogos 2024.

Kaedah pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima atau dengan tuntutan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Permohonan STR

Permohonan STR bagi tahun ini dibuka sepanjang tahun dan boleh dikemukakan secara atas talian di Portal Rasmi STR (mySTR) atau secara manual dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Borang dan lampiran dokumen-dokumen sokongan kemudiannya perlu diserahkan ke ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA

Secara lebih tepatnya, mereka yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2024 adalah seperti berikut:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ia boleh dirujuk terus di Portal Rasminya – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *