Pendapatan Isi Rumah RM3,000 & Ke Bawah. Ini Cara Mohon Bantuan Meniaga RM10,000 Kerajaan Negeri

Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia mempunyai pendaparan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan ke bawah. Ini menjadikan mereka tergolong dalam kategori B40 yang perlu menerima bantuan khas untuk meringankan beban hidup.

Namun begitu, ada juga dalam kalangan kategori ini telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan harian mereka dan mencari sumber pendapatan yang lebih stabil.

Oleh itu, terdapat satu bantuan khusus untuk mereka yang meniaga dalam masa sama mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.

Bantuan tersebut akan diterangkan secara terperinci seperti di bawah:

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Ini

Setiap bantuan mempunyai syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi. Syarat-syarat ini adalah bertujuan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Berikut merupakan syarat-syarat bantuan tersebut:

1) Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap Negeri Selangor (sekurang-kurangnya 10 tahun)

2) Pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan

3) Telah memulakan perniagaan / perusahaan sekurang-kurangnya 1 tahun

4) Peniaga kecil bermastautin tetap di Selangor

Bantuan Meniaga Sehingga RM10,000

Seperti dinyatakan di dalam berita bahawa kejayaan Negeri Selangor mengutip hasil melebihi sasaran ternyata memberi manfaat kepada rakyat Selamgor apabila ia digunakan untuk menambah peruntukan kebajikan rakyat saban tahun.

Oleh itu, pelbagai inisiatif digerakkan bagi mengembalikan hasil itu termasuk melalui Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang mengandungi 46 program. Di bawah program itu terdapat satu program yang dipanggil Iltizam Keusahawanan Selangor.

Di bawah Iltizam Keusahawanan Selangor terdapat satu skim bantuan yang dinamakan sebagai Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri.

Program ini adalah pemberian bantuan berbentuk mesin dan peralatan kepada usahawan kecil bernilai sehingga RM10,000.00

Agensi Yang Terlibat

Agensi yang terlibat untuk mengendalikan program ini adalah PDT / Seksyen Sektoral dan UPEN

Cara Memohon Bantuan

Anda perlu mendaftar akaun seperti langkah-langkah di bawah:

1) Pergi ke laman pautan rasmi ini: https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register

2) Klik Daftar Akaun

3) Masukkan Nama

4) Masukkan E-Mel

5) Masukkan No Kad Pengenalan

6) Masukkan kata laluan

7) Masukkan pengesahan kata laluan

8) Klik daftar

Setelah berjaya, anda boleh log masuk menggunakan maklumat yang telah anda daftar sebelum ini.

Apabila anda log masuk, sila ikuti langkah seterusnya seperti yang diterangkan dalam laman web tersebut.

Apakah Itu Iltizam Selangor Penyayang (ISP)?

Iltizam Selangor Penyayang (ISP) merujuk kepada tekad dan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk memastikan program kebajikan lebih menepati kehendak semasa rakyat.

Inisiatif itu dipecahkan kepada enam kategori utama iaitu:

1) Iltizam Kesihatan Selangor
2) Iltizam Keusahawanan Selangor
3) Iltizam Mesra Anak Selangor
4) Iltizam Pemberdayaan Rakyat Selangor
5) Iltizam Pendidikan Selangor
6) Iltizam Perumahan Selangor

Di bawah setiap kategori ini mempunyai pecahan program masing-masing. Ini membantu dalam menyokong kebajikan dan kesejahteraan rakyat Selangor pada pelbagai sektor penting.

Bantuan-Bantuan Lain Dalam Iltizam Keusahawanan Selangor

Terdapat beberapa bantuan lain selain Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri di bawah Iltizam Keusahawanan Selangor. Antaranya bantuan:

1) Dana Usahawan Mikro Selangor

Pemberian bantuan perniagaan berbentuk peralatan bernilai sehingga RM30,000.00

2) Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (ISEED)

Pemberian bantuan berbentuk mesin dan peralatan kepada usahawan kecil masyarakat India bernilai sehingga RM10,000.00

3) Skim Hijrah Mikrokredit

Pinjaman mikrokredit bermula daripada RM5,000 kepada RM100,000 kepada usahawan dan bakal usahawan di Selangor

Rumusan Bantuan Iltizam Keusahawanan Selangor

Kerajaan negeri Selengor amat prihatin dalam membantu golongan peniaga kecil dan sederhana untuk meningkatkan ekonomi dan mengurangkan kadar kemiskinan. Golongan ini merupakan tulang belakang ekonomi yang perlu diberikan keutamaan melalui pelbagai inisiatif yang ditawarkan.

Dengan inisiatif-inisiatif yang ada dan bantuan kewangan yang disediakan, diharapkan lebih ramai usahawan di negeri ini dapat memajukan perniagaan mereka. Golongan ini juga diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri secara keseluruhan, sekali gus meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.

Advertisement
Advertisement