Bantuan Kewangan RM2,500 Akan Disalurkan Februari & Mac Ini Kepada Penerima. Berikut Senarai Penerima

Bulan Februari dan Mac merupakan bulan yang penting untuk setiap rakyat Malaysia. Ini kerana kedua-dua bulan akan bermulanya sesi persekolahan dan bulan puasa. Semestinya ia memerlukan lebih perbelanjaan kepada sesetengah keluarga.

Oleh itu, kerajaan perseketuan/negeri sangat prihatin untuk mengkreditkan insentif atau bantuan yang dijanjikan pada bulan ini. Antaranya adalah seperti bantuan berikut:

Bantuan Khas RM2,500

Untuk maklumat semua, Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 telah dijanjikan oleh  Kerajaan Negeri Sembilan untuk diberikan kepada senarai penerima.

Tarikh Pembayaran

Bonus berkenaan akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada hujung Februari dan hujung Mac 2024.

Cara Pembayaran

Bantuan Khas Kewangan ini akan dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat pada bulan Februari dan Mac 2024.

Senarai Penerima

6,662 orang penjawat awam di negeri itu.

Jumlah Keseluruhan Bantuan

Jumlah keseluruhan peruntukan kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di negeri ini ialah RM39.6 juta.

Objektif Bantuan

Objektifnya agar bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi.

Seperti disebutkan Menteri Besar Negeri Sembilanketika  membentangkan Belanjawan 2024 pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Ke-15 tahun lalu.

Advertisement
Advertisement

Menurut, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun,  bantuan itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri itu, yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, boleh hubungi seperti maklumat tertera di bawah:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri
Jalan Dato’ Abdul Malek
70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9900
Faks : 606-761 7386
E-mel: korporatsukns@ns.gov.my
Koordinat: Lng 101.942277, Lat 2.725904

Maklumat Belanjawan Negeri Sembilan 2024

Kerajaan Negeri Sembilan  telah membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.

Menurut Menteri Besar Dato’ Seri Aminuddin Harun ketika membentangkan belanjawan bertemakan’Bersama Membina Negeri MADANI’, fokus belanjawan adalah kepada sembilan teras dalam Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan dan Skim Sejahtera Rakyat.

Belanjawan 2024 Negeri Sembilan merangkumi ekonomi, pelaburan serta infastruktur; pendidikan dan modal insan; kesejahteraan rakyat serta pertanian.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *