Bantuan RM2,000 dikreditkan terus ke akaun: Tarikh rasmi pembayaran & senarai lengkap penerima
Pada tahun ini, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan RM2,000
Bersempena dengan pelaksanaan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.
Bantuan tunai ini akan melibatkan sumbangan Kerajaan sebanyak RM2,000 dan RM1,000 kepada para penerima berikut:
- RM2,000: Semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
- RM1,000: Semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
Dalam masa sama, pembayaran RM2,000 juga turut dipanjangkan kepada para lantikan MySTEP yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya enam bulan pada tahun 2023 dan masih berkhidmat pada 23 Februari 2024.
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan kenyataan rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam, pembayaran bantuan ini akan dibuat pada 23 Februari 2024. Pembayaran ‘one-off’ itu juga akan disalurkan secara kredit terus ke akaun penerima.
Pemberiannya itu diharapkan dapat meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak dan persiapan menjelang Ramadan serta Syawal nanti.
Selain itu, pihak kerajaan turut bersetuju untuk memperluas kemudahan bantuan bayaran pakaian menghadiri upacara rasmi bagi meliputi pakaian batik Malaysia untuk semua penjawat awam yang layak.
Pihak Kerajaan turut meneruskan pelaksanaan program Pas Bulanan My50 tanpa had selama 30 hari untuk Rapid KL LRT, MRT, Monorail, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT di Lembah Klang. Manakala, untuk Pulau Pinang, Pas My50 Mutiara menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua warganegara yang menggunakan servis bas Rapid Penang.
Dokumen yang diperlukan untuk membeli pas ini adalah MyKad atau MyTentera yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go. Namun, hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak melanggan pas ini.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan – bantuan di Bawah Belanjawan 2024, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.