Ini Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Tunai RM2,700 Secara Sekaligus Kepada Penerima Bagi Tahun 2024

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah Bantuan Tunai RM2,700 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

Bantuan Tunai RM2,700

Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Geran Pelancaran.

Bantuan ini diperkenalkan dengan objektif untuk memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/keluarga.

Kadar geran ini adalah sebanyak RM2,700 secara ‘one-off’ atau sekaligus kepada yang berkelayakan.

Cara Memohon

Untuk makluman, bantuan ini hanya terbuka kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan sedia ada sahaja.

Oleh itu, sekiranya seseorang itu bukan penerima bantuan sedia ada JKM, mereka boleh  mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.

Jika mereka layak dan tersenarai sebagai penerima bantuan, maka mereka boleh mengemukakan permohonan Geran Pelancaran.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Permohonan Geran Pelancaran hendaklah dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

BORANG YANG BERKAITAN

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan 
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *