Bantuan Am RM350 setiap bulan untuk penerima kategori B40: Ini cara buat permohonan
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah Bantuan Am Kerajaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:
Bantuan Am RM350
Bantuan Am Persekutuan adalah sebuah bantuan kewangan di bawah JKM. Objektif uatama bantuan adalah untuk diberikan kepada individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Kadar bantuan ini adalah sebanyak minima RM100 seorang dan maksimum RM350 sekeluarga setiap bulan.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.
Cara Memohon
Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat.
Disebabkan bantuan ini hanya untyk warganegara yang bermastautin di Wilayah Persekutuan, permohonan hanya boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Dimaklumkan juga bahawa setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.