Bantuan Am Kerajaan RM350 untuk B40 dikreditkan setiap bulan: Berikut panduan memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah Bantuan Am Kerajaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Bantuan Am Kerajaan RM350

Bantuan Am Persekutuan adalah sebuah inisiatif di bawah JKM dengan objektif untuk diberikan kepada individu/ keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar bantuan ini adalah sebanyak minima RM100 seorang dan maksimum RM350 sekeluarga setiap bulan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Advertisement
    Advertisement
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat.

Dimaklumkan juga bahawa setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *