Senarai Penerima Skim Bantuan RM75-RM250 Untuk Tahun Ini. Berikut Cara Semakan
Pihak kerajaan sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif bertujuan membantu mereka yang berkelayakan.
Sukacita dimaklumkan bahawa salah satunya adalah Skim Bantuan RM75-RM250 di bawah Belanjawan 2023.
Berikut ialah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan berkenaan:
Senarai Penerima
Berita baik buat para penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40. Anda kini boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI.
Kerajaan telah memperkenalkan sebuah skim bantuan yang dikenali sebagai Skim Perubatan MADANI. Skim ini merupakan sebuah inisiatif rintis oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40.
Jumlah Bantuan
Manfaat yang akan diterima daripada skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima Rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut secara percuma di klinik-klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI.
Manfaat itu adalah dengan kadar sebanyak seperti berikut:
- RM250 bagi isi rumah berkeluarga;
- RM125 untuk warga emas (tanpa pasangan)
- RM75 kepada golongan bujang.
Rawatan percuma itu merangkumi masalah-masalah kesihatan berikut:
- Demam dan Selsema;
- Cirit Birit dan Muntah;
- Terseliuh;
- Sakit Kepala;
- Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Semak Kelayakan
Berikut merupakan cara untuk melakukan semakan secara atas talian:
- Langkah 1: Semak Kelayakan: Semak kelayakan anda di laman sesawang (semak DI SINI);
- Langkah 2: HHadir ke mana-mana Klinik Swasta yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad pengenalan (semak senarai Klinik DI SINI);
- Langkah 3: Terima Rawatan: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma;
- Langkah 4: Had manfaat Skim Perubatan MADANI anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.
Maklumat lebih teliti berkenaannya boleh dirujuk di portal rasminya – DI SINI.