Pendapatan bawah RM3,000/sebulan: Ini cara memohon Bantuan RM300/setiap bulan untuk tahun ini

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Pusat atau Negeri bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

Antara bantuan itu adalah BINGKAS yang melibatkan bantuan sebanyak RM300 setiap bulan kepada mereka berkelayakan. BINGKAS ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pendidikan anak-anak.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan BINGKAS: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemohon adalah pemilih berdaftar di Selangor;
  • Keluarga pemohon mempunyai tanggungan berumur 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah adalah di bawah RM3,000/sebulan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan BINGKAS yang ditetapkan, permohonannya boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan berikut ketika permohonan:

Advertisement
Advertisement
  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

Bagi maklumat terperinci dan permohonan BINGKAS, ia boleh dirujuk – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *