Bantuan Aidilfitri RM350 dibayar bulan depan: Senarai penuh penerima & syarat kelayakan

Setiap tahun, Kerajaan akan membentangkan belanjawan untuk dimanfaatkan kepada pembangunan negara dan rakyat.

Bagi Belanjawan 2023 – pihak Kerajaan memperuntuk sebanyak RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion bagi belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Merangkumi peruntukan-peruntukan berkenaan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Antara bantuan-bantuan itu termasuklah: –

Bantuan RM350

Pada ketika ini, umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan mulia Ramadan. Selepas ini, masyarakat Malaysia akan menyambut pula sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Prihatin dengan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Bantuan itu akan melibatkan kadar kewangan sebanyak RM700 dan RM350 kepada kategori penerima-penerima berikut:

Advertisement
Advertisement
  • RM700: Kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
  • RM350: Kepada semua pesara Kerajaan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan pengumuman dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri akan dibuat pada 17 April 2023 nanti.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed dalam satu kenyataan berkata, bantuan khas itu turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

Bantuan Khas ini adalah bantuan hari raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat Malaysia.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *