Pengambilan jawatan terkini di Kementerian Pendidikan Malaysia ~ Gaji RM1,800 hingga RM2,000

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini sedang membuka peluang pekerjaan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.

Jawatan Kosong

PERSONEL MYSTEP

  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Tempoh: Januari – Disember 2022
  • Penempatan: Unit Integriri Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 12, Blok E12, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya
  • Gaji: RM1,800 – RM2,000

Syarat-syarat Kelayakan

  • Calon hendaklah Warganegara Malaysia;
  • Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Calon hendaklah memiliki kelayakan akademik di peringkat Diploma atau Ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia;
  • Memiliki perwatakan, sikap dan peribadi yang menarik;
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam tugasan yang diberikan;
  • Mempunyai kemahiran dalam literasi serta aplikasi komputer;
  • Pengalaman dan kemahiran dalam bidang reka bentuk grafik adalah keutamaan.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan menghantar resume lengkap bergambar, sijil akademik rasmi dan salinan kad pengenalan ke alamat e-mel: yasmin.rahim@moe.gov.my.

Hanya calon-calon yang menepati syarat-syarat dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa untuk menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 DISEMBER 2O21, ISNIN.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan ini juga boleh dirujuk – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *