Baucar RM30: Semua Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Boleh Menebusnya
Dalam kehidupan yang penuh ketidaktentuan, tiada siapa dapat meramal apa yang akan berlaku pada hari esok. Kematian, kemalangan atau penyakit kritikal boleh berlaku tanpa diduga. Justeru itu, keperluan memiliki insurans hayat bukan lagi satu pilihan, tetapi satu bentuk perancangan kewangan yang bijak dan bertanggungjawab.
Insurans hayat ialah satu pelan perlindungan kewangan yang memberikan pampasan kepada waris atau penerima manfaat sekiranya pemegang polisi meninggal dunia atau mengalami situasi tertentu seperti hilang upaya kekal. Pampasan ini membantu keluarga meneruskan kehidupan tanpa beban kewangan yang mendadak.
Bagi individu yang menjadi pencari nafkah utama, kehilangan sumber pendapatan boleh memberi kesan besar kepada pasangan dan anak-anak. Bayaran pampasan daripada polisi dapat membantu menampung kos sara hidup harian, sewa atau ansuran rumah, bil utiliti dan perbelanjaan pendidikan anak-anak.
Tanpa perlindungan ini, keluarga mungkin terpaksa bergantung kepada simpanan yang terhad atau berhutang untuk meneruskan kehidupan. Ramai dalam kalangan kita mempunyai komitmen seperti pinjaman perumahan, pinjaman kereta atau pembiayaan peribadi. Sekiranya berlaku kematian, hutang tersebut tidak terhapus begitu sahaja. Waris mungkin terpaksa menanggung baki hutang yang ditinggalkan.
Dengan adanya insurans hayat, pampasan yang diterima boleh digunakan untuk melangsaikan hutang tertunggak. Ini memastikan keluarga tidak kehilangan aset seperti rumah atau kenderaan akibat kegagalan membayar ansuran.
Kos pendidikan semakin meningkat saban tahun. Insurans hayat boleh menjadi salah satu instrumen untuk memastikan dana pendidikan anak-anak tetap terjamin walaupun berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada ibu bapa. Sesetengah pelan menawarkan elemen simpanan atau pelaburan, yang menggabungkan perlindungan dan pelaburan jangka panjang.
Selain manfaat kewangan, insurans hayat juga memberi ketenangan emosi. Pemegang polisi tahu bahawa sekurang-kurangnya dari sudut kewangan, keluarga mereka tidak akan terbiar. Perasaan tenang ini penting, terutama bagi mereka yang mempunyai tanggungan seperti anak kecil atau ibu bapa warga emas.
Insurans hayat bukan bertujuan menggantikan simpanan, tetapi melengkapkan perancangan kewangan seperti tabung kecemasan, pelaburan dan simpanan persaraan. Ia bertindak sebagai “jaring keselamatan” sekiranya berlaku risiko besar yang boleh menjejaskan kestabilan kewangan keluarga.
Kesimpulannya, keperluan insurans hayat bergantung kepada situasi individu, tahap komitmen kewangan dan bilangan tanggungan. Namun secara umum, semakin besar tanggungjawab seseorang, semakin tinggi keperluan perlindungan yang diperlukan. Mendapatkan perlindungan pada usia muda juga lebih murah dari segi premium dan memudahkan kelulusan polisi.
Melindungi diri bermakna melindungi orang yang kita sayang. Dengan perancangan yang rapi, insurans hayat mampu menjadi benteng kewangan yang kukuh demi masa depan keluarga yang lebih terjamin.
Bagi membantu golongan B40 dan M40 mendapatkan perlindungan insurans atau takaful, pihak Kerajaan telah memperkenalkan Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 iaitu sebuah inisiatif strategik oleh Kerajaan Malaysia untuk memperkukuh perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah.
Baucar RM30 – Perlindungan Tenang (PTV) 3.0
Pada asasnya program ini melibatkan pemberian baucar sebanyak RM30 yang boleh digunakan bagi membeli produk asas insurans dan takaful yang ditawarkan oleh pengendali insurans dan takaful berlesen yang mengambil bahagian dalam program PTV 3.0.
Produk Perlindungan Tenang ini direka untuk menyediakan perlindungan kewangan yang mudah diakses dan mampu milik, terutamanya bagi komuniti yang kurang mendapat akses dan terdedah kepada risiko.
Syarat kelayakan program ini adalah khusus kepada 2 juta penerima penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak berdasarkan siapa cepat, dia dapat.
Cara Semak Kelayakan
Bagi semakan kelayakan PTV 3.0, ia boleh dibuat dengan dua kaedah utama iaitu secara atas talian (online) atau manual. Bagi semakan atas talian, tatacaranya adalah seperti berikut:
- Langkah 1: Layari Portal MyPTV;
- Langkah 2: Masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan (NRIC) anda dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”;
- Langkah 3: Jika anda layak untuk program ini, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya. Sila gunakan nombor baucar tersebut apabila anda mahu menebus baucar RM30 semasa membuat pembelian.
Bagi secara manual pula, ia boleh disemak dengan mengunjungi mana-mana cawangan atau ejen / pengedar yang sah bagi syarikat insurans / pengendali takaful yang menyertai dan menawarkan produk Perlindungan Tenang di bawah Program PTV 3.0 untuk menyemak kelayakan anda.
Cara Menebus PTV 3.0
Penebusan baucar ini juga mempunyai dua kaedah utama iaitu secara atas talian dan di kaunter. Bagi secara atas talian, penebusan boleh dibuat dengan cara berikut:
- Langkah 1: Layari Portal MyCoverage;
- Langkah 2: Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang di bawah Program PTV 3.0”. Klik ikon logo syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium / sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
- Langkah 3: Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut;
- Langkah 4: Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai /membeli produk Perlindungan Tenang. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan (KP), umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda juga perlu memasukkan nombor unik Baucar Perlindungan Tenang anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Penebusan di kaunter pula boleh dibuat melalui kaunter pejabat cawangan atau ejen / pengedar sah syarikat insurans / pengendali takaful. Penerima diingatkan supaya memahami ciri-ciri asas dan manfaat produk, termasuk menyemak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium / sumbangan sebelum memilih produk yang paling sesuai dengan keperluan.
Bagi maklumat lebih terperinci berkenaan Baucar RM30 – Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 sila rujuk di Portal MyPTV – DI SINI.



