Dua Kekosongan Jawatan Personel Mystep Gred 29 Di SPRM. Gaji Ditawarkan RM1,800 Sebulan

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Yang Ditawarkan

Personel MySTEP (Gred 29)

  • RM 1,800.00 Sebulan (Diploma)
  • Dua (2) Calon (Pembangunan Sistem)

Syarat Kelayakan

  1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  2. Memiliki kelulusan minima diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  3. Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan;
  4. Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum;
  5. Mempunyai minat untuk meningkat ilmu dan kemahiran diri; dan
  6. Bertanggungjawab dan memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin.
  7. Advertisement
    Advertisement

Deskripsi Tugas

  • Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pembangunan sistem menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti PHP, Java atau lain-lain yang berkaitan. Kelebihan diberikan kepada pegawai yang mempunyai pengetahuan dalam menggunakan framework (keutamaan kepada yang memiliki pengalaman dalam Yii atau Laravel);
  • Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam mengendalikan pangkalan data;
  • Mengumpul maklumat keperluan pembangunan sistem aplikasi mengikut keperluan pengguna dan keperluan sistem;
  • Menyediakan dokumen Pengujian Penerimaan Pengguna (UAT), Pengujian Penerimaan Akhir (FAT) dan melaksanakan pemasangan (deployment) sistem; dan
  • ┬áMembantu dalam perlaksanaan

Cara Memohon Jawatan

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume dan gambar berukuran pasport serta salinan sijil diploma kepada e-mel : pict@sprm.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2021 (Jumaat)

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.