Cara memohon Bantuan Baik Pulih & Bina Rumah di bawah program Sayangi Rumahku
Untuk membantu mereka yang memerlukan, Kerajaan Negeri Perak telah memperkenalkan Program Sayangi Rumahku yang bertujuan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa kepada rakyat.
Terdapat dua jenis bantuan di bawah program ini, iaitu:
- Baik Pulih:
- Bantuan kepada peserta yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki.
- Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk, kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj, perigi dan lain-lain.
- Bina Baru Rumah:
- Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur, tidak selamat untuk diduduki dan tidak ekonomi untuk dibaiki.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia dan berkahwin;
- Berumur 45 tahun ke atas dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam Negeri Perak;
- Berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu / Ketua Kampung;
- Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki. (Bagi permohonan Bina Baru);
- Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain;
- Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih).
Dokumen-dokumen Diperlukan
- Salinan kad pengenalan pemohon;
- Salinan kad pengenalan pasangan / waris dan tanggungan;
- Penyata pendapatan pemohon;
- Penyata pendapatan pasangan / waris;
- Surat Akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanah;
- Salinan Kad Pengenalan semua Pemilik tanah.
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan dan mahu memohon bantuan program ini, ia boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati melalui:
- Pejabat Yayasan Perak;
- Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
- Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
- Muat Turun Borang Permohonan Sayangi Rumahku (DI SINI)
Borang yang lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan kemudiannya hendaklah dihantar secara sendiri atau melalui pos ke alamat:
Yayasan Perak, Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak, No.111, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Maklumat lanjut serta terperinci berkenaan bantuan ini juga boleh dibaca di portal rasmi Yayasan Perak – DI SINI.