Bantuan SARA tahun 2024: Siapa yang layak menerima bantuan RM100 ini setiap bulan?

Pada setiap tahun, pihak Kerajaan akan membentangkan belanjawan untuk dimanfaatkan kepada pembangunan negara dan rakyat. Bagi Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan  kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan kewangan secara bulanan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) yang benar-benar memerlukan. Berikut adalah maklumat berkenaannnya: –

Bantuan SARA 2024

Sumbangan Asas Rahmah atau SARA adalah bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Sebelum itu, perlu diketahui dahulu bahawa STR adalah bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40 dan M40.

Bantuan STR ini diberikan secara berfasa (4 fasa) dengan kadar tertentu mengikut kategori penerima sama ada isi rumah, bujang atau warga emas dan berdasarkan pendapatan serta tanggungan masing-masing. Syarat-syarat kelayakan STR 2024 adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Syarat-syarat Kelayakan SARA

Berbalik kepada SARA pula, ia adalah bantuan tambahan sebanyak RM1,200 dan RM600 kepada penerima STR yang menepati syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Sebanyak RM1,200 diberikan kepada penerima STR yang menepati syarat-syarat kelayakan SARA dalam kategori isi rumah (kahwin dan ibu bapa tunggal yang mempunyai anak) serta warga emas tiada pasangan. Manakala, RM600 pula kepada penerima STR yang menepati syarat-syarat kelayakan SARA dalam kategori bujang.

Advertisement
Advertisement

Pelaksanaannya dibuat dengan dua kaedah iaitu di Semenanjung serta Sabah, Sarawak dan Labuan:

Semenanjung Malaysia

Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Sabah, Sarawak dan Labuan

Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

Bagi yang menerima bantuan ini melalui MyKad, ia boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless). Antara produk-produk yang diluluskan adalah beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Ia boleh dibeli di lebih daripada 600 rakan runcit terlibat di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Cara pembelian dengan MyKad adalah seperti berikut:

  • Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *