BKM Tambahan RM500 telah dikreditkan: Berikut adalah senarai penerima & cara semak

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antara bantuan yang diperkenalkan itu adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di bawah Bajet 2022. BKM pada asasnya merupakan bantuan kewangan bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Dalam pada itu, pihak Kerajaan turut memperkenalkan Bantuan BKM tambahan kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BKM Tambahan: –

Kadar BKM Tambahan

BKM tambahan diberikan kepada isi rumah yang layak dengan kadar berikut:

  • RM500: Diberikan kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat
  • RM300: Diberikan kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Pembayaran BKM

Pembayaran BKM bagi tahun 2022 dilaksanakan sebanyak 4 fasa iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan November 2022.

Bagi mereka yang layak menerima BKM Tambahan, ia boleh disemak secara atas talian di Portal Rasmi BKM dengan tatacara berikut:

  • Layari Portal Rasmi BKM;
  • Klik Log Masuk BKM
  • Masukkan Nombor MyKad
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik Menu Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Status Permohonan
    • Lulus atau Tidak Lulus
    • Maklumat Bayaran (Jika ada)

Kaedah pembayaran pula akan dilaksanakan dengan dua cara iaitu secara kredit terus ke akaun bank penerima atau penunaian di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Maklumat lebih teliti berkenaan BKM boleh dilihat DI SINI dan semakan pula boleh dibuat DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *