Bantuan Tunai Oleh Kerajaan RM150-RM1,000 Yang Dikreditkan Setiap Bulan. Ini Cara Semakan & Senarai Penerima

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah Bantuan Am Persekutuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Bantuan Tunai RM150-RM1,000

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) pada asasnya merupakan sebuah bantuan tunai bulanan sebanyak minimum RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan di bawah:

  • RM200: Berumur 6 tahun ke bawah;
  • RM150: Berumur 7 tahun hingga 18 tahun;
  • RM1,000: Kadar bantuan maksimum sebulan sekeluarga.

Objektif utama BKK adalah bagi membantu keluarga atau penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Kriteria-Kriteria Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
    Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah;
  • Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Seperti mana bantuan-bantuan lain di bawah JKM, permohonan BKK boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Setiap permohonan yang didaftarkan nanti akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI

.

Cara Semakan Status Permohonan

Berikut merupakan langkah-langkah untuk melakukakn semakan status bantuan yang diterima:

Advertisement
  1. Akses Pautan eBantuan JKM: Layari laman web eBantuan JKM di ebantuanjkm.jkm.gov.my.
  2. Klik Semakan Status Atas Talian: Pilih pilihan semakan status yang terdapat di laman web.
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Klik ‘Semak’: Isikan nombor kad pengenalan anda dan klik butang semak untuk mendapatkan status semakan.

Adalah penting untuk diingat bahawa senarai yang dipaparkan hanya akan menunjukkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan tempat pemohonan dibuat​

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Sijil

Adakah anda tahu mengenai ILKKM? Anda berminat untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Sijil di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM)? Calon yang berjaya dipilih latihan ini akan mengikuti Latihan Separa Perubatan di ILKKM dan Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa. .

Permohonan bagi sesi pengambilan Latihan Separa Perubatan dibuka dua (2) kali setahun iaitu bagi kemasukan Januari dan Julai. Terdapat dua (2) jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu:

(a) Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan: 3 tahun); dan

(b) Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan: 2 tahun)

Sila rujuk poster untuk maklumat ringkas tentang syarat kelayakan akademik bagi mengikuti Latihan Separa Perubatan. Perincian selanjutnya boleh dirujuk di Portal Rasmi SPA (https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/latihan-separa-perubatan).

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *