Baucar RM30 Boleh Ditebus Sehingga 31 Ogos 2026: Cara Semak dan Menuntutnya
Bagi golongan berpendapatan rendah, setiap perbelanjaan perlu dirancang dengan teliti. Kos makanan, sewa rumah, bil utiliti, pengangkutan dan keperluan anak-anak boleh menggunakan sebahagian besar pendapatan bulanan. Dalam keadaan ini, insurans dan takaful mungkin dilihat sebagai perbelanjaan tambahan yang boleh ditangguhkan. Namun, perlindungan kewangan sebenarnya amat penting, khususnya apabila berlaku perkara tidak dijangka.
Antara kepentingan utama insurans dan takaful ialah membantu mengurangkan beban kewangan ketika menghadapi masalah kesihatan. Kos rawatan, kemasukan ke hospital, pembedahan dan ubat-ubatan boleh menjadi sangat tinggi. Tanpa perlindungan, keluarga berpendapatan rendah mungkin terpaksa menggunakan simpanan, meminjam wang atau berhutang untuk membayar kos tersebut. Pelan perlindungan yang sesuai boleh membantu menampung sebahagian daripada kos yang dilindungi mengikut terma polisi atau sijil.
Selain kesihatan, perlindungan juga penting sekiranya pencari nafkah meninggal dunia atau mengalami hilang upaya. Bagi keluarga yang bergantung kepada satu sumber pendapatan, kehilangan pencari nafkah boleh menyebabkan masalah kewangan yang serius. Perlindungan hayat atau takaful keluarga boleh menyediakan manfaat kepada waris dan membantu mereka meneruskan kehidupan serta menampung keperluan asas dalam tempoh tertentu.
Insurans dan takaful juga boleh memberikan perlindungan terhadap kemalangan. Golongan berpendapatan rendah yang bekerja dalam sektor tertentu mungkin terdedah kepada risiko kecederaan atau kehilangan keupayaan untuk bekerja. Jika berlaku kemalangan, manfaat yang diterima boleh membantu menampung perbelanjaan ketika pendapatan terjejas.
Walaupun penting, golongan berpendapatan rendah tidak semestinya perlu memilih pelan yang mahal. Perkara paling penting ialah memahami keperluan sendiri, jumlah perlindungan, pengecualian, tempoh perlindungan dan kemampuan membayar caruman atau premium secara konsisten. Pelan asas yang mampu dibayar setiap bulan lebih baik daripada mengambil perlindungan tinggi tetapi gagal meneruskan pembayaran.
Dalam masa yang sama, pengguna perlu membandingkan beberapa produk sebelum membuat keputusan. Jangan hanya melihat jumlah manfaat, sebaliknya fahami terma dan syarat serta perkara yang tidak dilindungi.
Kesimpulannya, insurans dan takaful bukan sekadar perbelanjaan tambahan, tetapi salah satu bentuk persediaan kewangan menghadapi risiko. Bagi golongan berpendapatan rendah, perlindungan yang bersesuaian boleh menjadi jaringan keselamatan supaya kejadian tidak dijangka tidak menyebabkan keluarga terjerumus lebih jauh ke dalam masalah kewangan.
Bagi menggalakkan golongan berpendapatan rendah mendapatkan perlindungan, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah program baucar bernilai RM30 dan berikut adalah maklumat lanjutnya.
Baucar RM30 – Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0
Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 adalah sebuah inisiatif strategik Kerajaan Malaysia untuk memperkukuh perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah.
Melaluinya, mereka yang layak boleh menebus baucar RM30 dan ia boleh digunakan untuk membeli produk asas insurans dan takaful yang ditawarkan oleh pengendali insurans dan takaful berlesen yang mengambil bahagian dalam program PTV 3.0.
Produk Perlindungan Tenang ini direka untuk menyediakan perlindungan kewangan yang mudah diakses dan mampu milik, khususnya kepada komuniti yang kurang mendapat akses dan terdedah kepada risiko.
Mereka yang layak menebus baucar ini adalah para penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dengan cara pelaksanakan siapa cepat, dia dapat. Semakan kelayakan juga boleh dibuat secara atas talian dengan tatacara berikut:
- Langkah 1: Layari Portal MyPTV;
- Langkah 2: Masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan (NRIC) anda dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”.
- Langkah 3: Jika anda layak untuk program ini, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya. Sila gunakan nombor baucar tersebut apabila anda mahu menebus baucar RM30 semasa membuat pembelian.
Selain itu, semakan juga boleh dibuat dengan mengunjungi mana-mana cawangan atau ejen / pengedar yang sah bagi syarikat insurans / pengendali takaful yang menyertai dan menawarkan produk Perlindungan Tenang.
Cara Menebus Baucar RM30
Terdapat dua kaedah utama bagi menebus baucar ini iaitu secara atas talian atau secara manual. Penebusan secara atas talian boleh dibuat dengan kaedah berikut:
- Langkah 1: Layari portal MyCoverage;
- Langkah 2: Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang di bawah Program PTV 3.0”. Klik ikon logo syarikat / produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
- Langkah 3: Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut.
- Langkah 4: Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai / membeli produk Perlindungan Tenang. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan (KP), umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda juga perlu memasukkan nombor unik Baucar Perlindungan Tenang anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Untuk secara manual pula, anda boleh menebus baucar ini dengan mengunjungi kaunter pejabat cawagan atau ejen/pengedar sah syarikat insurans / pengendali takaful yang mengambil bahagian. Sekiranya berpuas hati dengan ciri-ciri asas dan manfaat perlindungan, maka penebusan baucar dan pembelian boleh dilaksanakan.
Maklumat lebih terperinci dan lengkap tentang Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 sila layari Portak MyPTV – DI SINI.



