Dividen KWSP 6.3%? Ini Cara Semak & Buat Pengeluaran Akaun Sejahtera KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi simpanan persaraan yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu pekerja merancang kewangan jangka panjang, khususnya selepas bersara. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan kewangan rakyat Malaysia, terutamanya golongan pekerja sektor swasta dan pekerja tidak berpencen.

Secara asasnya, KWSP berfungsi sebagai tabung simpanan wajib. Setiap bulan, sebahagian daripada gaji pekerja akan dipotong dan dimasukkan ke dalam akaun KWSP, manakala majikan pula akan menyumbang peratusan tertentu sebagai caruman tambahan. Simpanan ini akan diuruskan oleh KWSP dan dilaburkan dalam pelbagai instrumen kewangan yang selamat dan patuh syariah (bagi pencarum Islam), bagi menjana pulangan dividen tahunan.

KWSP mempunyai beberapa jenis akaun, antaranya Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel. Setiap akaun mempunyai tujuan yang berbeza, seperti simpanan untuk hari tua, keperluan kesihatan, pendidikan, perumahan atau kecemasan. Struktur akaun ini memberi fleksibiliti kepada pencarum untuk menggunakan simpanan mereka bagi keperluan penting, tanpa menjejaskan matlamat utama persaraan.

Kepentingan KWSP amat besar dalam kehidupan pekerja. Pertama, ia menjadi sumber pendapatan utama selepas bersara, terutama bagi individu yang tidak mempunyai pencen. Tanpa simpanan KWSP yang mencukupi, ramai pesara berisiko menghadapi masalah kewangan dan terpaksa terus bekerja walaupun pada usia lanjut.

Kedua, KWSP membantu membentuk disiplin menabung. Oleh kerana caruman dibuat secara automatik setiap bulan, pekerja secara tidak langsung membina simpanan jangka panjang tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada simpanan peribadi. Dividen tahunan yang diberikan juga membantu meningkatkan nilai simpanan dari semasa ke semasa.

Selain itu, kemudahan pengeluaran KWSP untuk tujuan tertentu seperti membeli rumah pertama, membiayai pendidikan atau rawatan perubatan memberi kelegaan kepada pencarum ketika berdepan tekanan kewangan. Ini menjadikan KWSP bukan sekadar simpanan persaraan, tetapi juga jaringan keselamatan kewangan.

Kesimpulannya, KWSP merupakan institusi penting dalam sistem kewangan negara dan kehidupan pekerja. Dengan pengurusan simpanan yang bijak serta caruman yang konsisten, KWSP mampu menjadi asas kewangan yang kukuh bagi memastikan kehidupan yang lebih selesa dan terjamin pada masa hadapan.

Jangkaan Dividen KWSP 2025

Berdasarkan laporan Berita Harian, agihan pendapatan (dividen) KWSP bagi tahun 2025 dijangka antara 5.8 hingga 6.3 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 5.5 hingga 6.0 peratus untuk Simpanan Shariah.

Memmetik pandangan Perunding Kanan Global Asia Consulting, Samirul Ariff Othman, jangkaan itu adalah selari dengan prestasi pendapatan pelaburan 9 bulan pertama yang kukuh. Dalam masa sama, tegasnya realiti penting yang perlu difahami para pencarum ialah bukan semua keuntungan pasaran boleh diagihkan sebagai dividen, khususnya keuntungan yang masih belum direalisasi.

Ini kerana, KWSP menegaskan bahawa keuntungan ‘mark-to-market’, termasuk yang dipacu pertukaran asing dan belum direalisasi, tidak boleh diagihkan sebagai dividen.

Tambahnya, walaupun prestasi global menunjukkan pemulihan yang baik, tetapu angka dividen sebenar bergantung kepada jumlah\ keuntungan yang benar-benar direalisasi serta keperluan menyimpan sebahagian pendapatan sebagai rizab.

“Faktor ini secara langsung mengehadkan ‘siling’ dividen, walaupun pendapatan pelaburan kelihatan tinggi di atas kertas,” katanya.

Berdasarkan rekod, sebelum ini KWSP mencatatkan kadar dividen seperti berikut:

  • 2020
    • Simpanan Konvensional: 5.20 peratus
    • Simpanan Shariah: 4.90 peratus
  • 2021
    • Simpanan Konvensional: 6.10 peratus
    • Simpanan Shariah: 5.65 peratus
  • 2022
    • Simpanan Konvensional: 5.35 peratus
    • Simpanan Shariah: 4.75 peratus
  • 2023
    • Simpanan Konvensional: 5.50 peratus
    • Simpanan Shariah: 5.40 peratus
  • 2024
    • Simpanan Konvensional: 6.30 peratus
    • Simpanan Shariah: 6.30 peratus

Semakan Dividen KWSP

Bagi yang hendak membuat semakan kadar dividen yang diterima selepas pengumuman rasmi nanti, ia boleh dibuat secara atas talian (online) sama ada di Portal KWSP i-Akaun (Ahli) atau melalui aplikasi KWSP. Selain itu, ahli turut boleh melihat kadar simpanan mereka di portal/aplikasi sama dan mendapatkan penyata simpanan KWSP terkini.

Cara mendapatkan penyata melalui aplikasi adalah seperti berikut:

  • Langkah 1: Log Masuk ke aplikasi. Jika anda telah mengaktifkan log masuk secara biometrik, gunakan pilihan tersebut untuk akses yang lebih pantas
  • Langkah 2: Tab Laman Utama dan tekan pada Tab Simpanan;
  • Langkah 3: Tekan ikon muat turun di bahagian ringkasan akaun pada laman utama aplikasi;
  • Langkah 4: Pilih tahun penyata yang anda inginkan dan tekan butang ‘Muat turun penyata’;
  • Langkah 5: Penyata akan dipaparkan dan boleh dimuat turun ke peranti anda dengan menekan ikon kongsi.

Pengeluaran Akaun Sejahtera KWSP

Di bawah Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP, terdapat 3 akaun utama yang akan dimiliki oleh ahli iaitu Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan Akaun Fleksibel.

Bagi pengeluaran untuk Akaun 2, ia boleh dikeluarkan atas tujuan-tujuan tertentu seperti:

  • Pengeluaran umur 50 tahun;
  • Membiayai pendidikan;
  • Membeli rumah;
  • Membayar ansuran perumahan;
  • Membiayai kos rawatan kesihatan;
  • Pengeluaran haji.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Pengeluarannya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal KWSP i-Akaun (Ahli) atau melalui aplikasi KWSP atau melalui cawangan-cawangan KWSP terdekat.

Untuk maklumat lebih lengkap dan terperinci berkenaan perkara ini, sila rujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *