Bantuan RM2,000 Dikreditkan Bulan Ini (Januari 2026) Terus Ke Akaun: Ini Senarai Penuh Penerima

Penjawat awam merupakan tulang belakang kepada kelangsungan pentadbiran dan pembangunan sesebuah negara. Tanpa kewujudan mereka yang berkhidmat di pelbagai peringkat – daripada perancang dasar, pelaksana perkhidmatan hinggalah barisan hadapan – sistem pemerintahan dan kesejahteraan rakyat tidak mungkin dapat berfungsi dengan lancar.

Dalam konteks Malaysia, peranan penjawat awam bukan sekadar terhad kepada tugas rutin di pejabat, tetapi merangkumi tanggungjawab besar dalam memastikan dasar kerajaan diterjemahkan kepada manfaat sebenar kepada rakyat.

Kepentingan penjawat awam dapat dilihat melalui peranan mereka dalam menyediakan perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, keselamatan, kebajikan sosial dan pengurusan ekonomi. Guru mendidik generasi masa depan, petugas kesihatan memastikan rakyat menerima rawatan yang berkualiti, manakala anggota keselamatan menjaga ketenteraman awam dan kedaulatan negara.

Semua ini dilaksanakan secara berterusan, sering kali tanpa mengira masa, lokasi dan cabaran yang dihadapi. Ketika negara berdepan krisis seperti bencana alam, wabak penyakit atau ketidaktentuan ekonomi, penjawat awam sentiasa berada di barisan hadapan untuk memastikan urusan rakyat terus terbela.

Selain itu, sumbangan penjawat awam turut terserlah dalam usaha merapatkan jurang sosial dan ekonomi dalam masyarakat. Melalui pelaksanaan dasar bantuan, subsidi dan program pembangunan, mereka berperanan memastikan golongan rentan seperti B40, warga emas, orang kurang upaya dan masyarakat luar bandar tidak tercicir daripada arus pembangunan negara. Kecekapan, integriti dan profesionalisme penjawat awam dalam melaksanakan tugas ini amat penting bagi menjamin keadilan sosial serta kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Dalam era globalisasi dan kemajuan teknologi yang pesat, peranan penjawat awam menjadi semakin mencabar dan kompleks. Mereka dituntut untuk menyesuaikan diri dengan perubahan, meningkatkan kecekapan perkhidmatan, serta mengamalkan tadbir urus yang telus dan berintegriti.

Justeru, pengiktirafan terhadap kepentingan dan sumbangan penjawat awam wajar diberikan, bukan sahaja sebagai penghargaan, tetapi juga sebagai dorongan untuk terus memperkukuh mutu perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Bagi menghargai sumbangan mereka, terdapat inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan di peringkat Negeri dan Persekutuan. Berikut adalah maklumat lanjutnya.

Bantuan Khas Kewagan RM2,000

Ketika membentangkan Belanjawan 2026 Kedah, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000.

Bantuan Khas Kewangan ini akan diberikan kepada 4,941 orang penjawat awam negeri dan anggota pentadbiran sebagai tanda penghargaan atas komitmen serta dedikasi mereka melaksanakan tanggungjawab. Pembayarannya pula akan dibuat secara berperingkat pada bulan Januari dan Mac 2026 ini.

“Kerjasama erat antara kepimpinan politik dan jentera pentadbiran adalah kunci kejayaan kita membangunkan Kedah yang dicintai ini.

“Sebagai menghargai usaha keras ini, kerajaan negeri meluluskan bantuan khas kewangan berjumlah keseluruhan sebanyak RM10 juta,” kata Menteri Besar Kedah ketika membentangkan Belanjawan Kedah 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Bantuan Khas Kewangan Persekutuan

Di peringkat Persekutua, pihak Kerajaan di bawah Belanjawan 2026 telah bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250 secara sekaligus (one-off).

RM500 akan diberikan kepada semua penjawat awam persekutuan Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Manakala, RM250 pula diberikan kepada para pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

Secara lebih lengkap mereka yang layak menerima bantuan khas ini adalah:

  • Pegawai lantikan tetap, sementara dan lantikan kontrak (Contract of Service dan Pekerja Sambilan Harian);
  • Pegawai yang bercuti bergaji penuh;
  • Pegawai yang bercuti separuh gaji;
  • Pegawai yang bercuti tanpa gaji;
  • Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya, yang mana BKK ini akan dibayar oleh agensi yang meminjam pegawai berkenaan;
  • Personel MySTEP yang masih berkhidmat;
  • Guru interim;
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Manakala, senarai berikut pula dikategorikan sebagai tidak layak menerima Bantuan Khas Kewangan:

  • Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan secara penempatan khas ke Gred Utama/ Gred Khas;
  • Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja atau turun pangkat;
  • Pegawai yang tidak hadir bertugas secara berterusan tanpa cuti, atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Ketua Jabatan, atau tanpa sebab yang munasabah;
  • Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam;
  • Pegawai yang meletak jawatan; dan
  • Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan (BBDS).

Diharapkan pemberian Bantuan Khas Kewangan ini dapat meringankan para penjawat awam dan dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *