Mula Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (November 2024): Ini Jadual Penuh Bantuan BMT RM800

Kerajaan Malaysia sentiasa komited untuk membantu rakyat menghadapi cabaran ekonomi dan sosial yang timbul dalam kehidupan seharian. Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan bagi memastikan semua golongan masyarakat, terutama yang berpendapatan rendah dan rentan, mendapat bantuan sewajarnya.

Antara jenis bantuan yang sering disalurkan termasuk bantuan kewangan, bantuan pendidikan, serta bantuan kebajikan untuk warga emas dan ibu tunggal. Namun, terdapat juga bantuan khas yang diberikan kerajaan dalam situasi tertentu, seperti semasa musim tengkujuh.

Musim tengkujuh adalah tempoh yang mencabar bagi mereka yang tinggal di kawasan yang terdedah kepada banjir dan ribut. Setiap tahun, kerajaan melaksanakan beberapa bantuan khusus bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

Antaranya ialah Bantuan Wang Ihsan (BWI), yang disalurkan kepada keluarga yang terkesan akibat bencana alam, terutamanya banjir. Bantuan ini bertujuan membantu mereka membeli barangan keperluan asas serta membaik pulih rumah yang rosak akibat banjir.

Bantuan juga diberikan kepada para penoreh getah yang turut terjejas apabila tibanya musim tengkujuh. Ini adala maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT adalah sebuah bantuan tunai yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan dan dikendalikan oleh RISDA. Ia merupakan bantuan tahunan yang diberikan untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatannya terjejas akibat musim tengkujuh.

Syarat-syarat kelayakan BMT adalah seperti berikut:

Pekebun Kecil – Pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan/atau mengusahakan lot bertanam getah

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah;
  • Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA;
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA).

Penoreh – Mereka yang menoreh di kebun getah pekebun kecil dan bukan pemilik tanah

  • Warganegara Malaysia;
  • Penoreh berdaftar dengan RISDA;
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar;
  • Mendapat pengesahan pemilik tanah/wakil yang sah;
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (wajib bagi penoreh).

Kadar Bantuan

Kadar BMT ditetapkan sebanyak RM800 dan dibayar sebanyak empat kali (RM200 setiap bulan). Pembayaran bantuan ini dibuat mulai bulan November 2024 sehingga Februari 2025.

Kaedah pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang menepati syarat-syarat dan diluluskan permohonan mereka.

Bagi mereka yang telah membuat permohonan, semakan kelulusan BMT boleh dibuat dengan cara berikut:

  • Langkah 1: Layari portal Pekebun Kecil RISDA;
  • Langkah 2: Masukkan No. Kad Pengenalan;
  • Langkah 3: Klik butang ‘Semak.’
  • Langkah 4: Status permohonan bantuan dipaparkan.

Sekiranya, permohonan BMT tidak diluluskan –  rayuan permohonan dibuka kepada semua pekebun kecil dan penoreh getah yang ingin membuat semakan semula permohonan yang ditolak kerana semakan awal mendapati permohonan tersebut tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan bantuan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Pemohon boleh menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan BMT disemak/diluluskan atau mengemaskini semula permohonan melalui Portal Pekebun Kecil RISDA sebelum tarikh tutup permohonan rayuan.

Untuk makluman, hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama iaitu sama ada pemilik tanah (Pekebun Kecil) atau orang yang menoreh (Penoreh) dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi. Jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.

Dengan adanya bantuan ini, diharapkan ini dapat mengurangkan beban para penoreh getah dalam menghadapi cabaran musim tengkujuh yang akan melanda negara. Para masyarakat pula diharapkan untuk sentiasa berjaga-jaga di musim ini, bagi mengelakkan sebarang peristiwa tak dijangka dan membahayakan keselamatan diri.

Maklumat lebih teliti berkenaan manfaat-manfaat di bawah Belanjawan 2024 boleh dilihat di Portal Rasmi RISDA – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *