Bantuan Musim Tengkujuh RM800 Telah Mula Dikreditkan: Ini Cara Semak Status

Musim tengkujuh merupakan salah satu fasa cuaca yang paling dinantikan tetapi dalam masa yang sama turut dibimbangi oleh rakyat Malaysia setiap tahun. Bermula sekitar November hingga Mac, musim ini membawa bersama angin Monsun Timur Laut yang sarat dengan taburan hujan lebat, angin kencang serta perubahan cuaca yang sukar dijangka.

Bagi sesetengah kawasan, khususnya di Pantai Timur Semenanjung, musim tengkujuh sinonim dengan banjir tahunan yang mampu menjejaskan kehidupan harian, ekonomi setempat dan keselamatan penduduk. Walaupun Malaysia sudah lama biasa dengan corak cuaca ini, kesan perubahan iklim global menjadikan musim tengkujuh kini lebih tidak menentu, dengan episod hujan lebat yang lebih kerap dan intensiti yang semakin tinggi.

Bagi masyarakat luar bandar dan pesisir pantai, musim ini membawa cabaran yang lebih berat. Ada yang perlu berdepan risiko kehilangan tempat tinggal, kerosakan harta benda, gangguan bekalan elektrik, serta kesukaran mendapatkan bekalan makanan dan keperluan asas akibat jalan yang dinaiki air.

Di kawasan bandar pula, masalah seperti banjir kilat, tanah runtuh dan kesesakan lalu lintas menjadi perkara biasa, sekali gus mengganggu rutin harian jutaan rakyat. Keadaan ini menuntut setiap individu lebih peka terhadap amaran cuaca, bersedia dengan pelan kecemasan, dan mengambil langkah awal untuk mengurangkan risiko.

Pada masa yang sama, musim tengkujuh juga memberi kesan kepada sektor ekonomi seperti perikanan, pelancongan, dan pertanian. Para nelayan mungkin tidak dapat turun ke laut selama beberapa hari kerana ombak besar dan angin kuat, manakala para peniaga di kawasan pelancongan terpaksa berdepan penurunan pelanggan. Bagi petani pula, hujan berpanjangan boleh merosakkan tanaman, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka.

Walaupun begitu, musim tengkujuh tidak hanya membawa cabaran. Ia juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem negara. Hujan yang banyak membantu mengisi semula empangan, sungai dan sumber air tanah yang amat penting terutama ketika menghadapi musim kemarau. Apa yang lebih penting ialah kesiapsiagaan rakyat dan agensi kerajaan untuk memastikan keselamatan terjamin dan kerugian dapat diminimumkan.

Dengan memahami corak dan risiko musim tengkujuh, masyarakat boleh mengambil langkah lebih bijak dan proaktif dalam melindungi diri, keluarga, harta benda serta sumber rezeki masing-masing. Musim ini mungkin penuh cabaran, tetapi dengan persediaan yang betul, ia boleh diharungi dengan lebih selamat dan tersusun.

Dalam pada itu, terdapat sebuah bantuan khusus telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan ketika musim ini. Ia dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT merupakan sebuah bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Bantuan yang dikendalikan oleh RISDA ini bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh penoreh getah atau pekebun kecil yang terjejas pendapatan mereka akibat musim tengkujuh.

Bantuan ini diberikan dengan kadar sebanyak RM800 dan berikut adalah maklumat syarar-syarat kelayakannnya:

Pekebun Kecil – Pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan/atau mengusahakan lot bertanam getah

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah;
  • Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA;
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA);

Penoreh – Mereka yang menoreh di kebun getah pekebun kecil dan bukan pemilik tanah

  • Warganegara Malaysia;
  • Penoreh berdaftar dengan RISDA;
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar;
  • Mendapat pengesahan pemilik tanah / wakil yang sah;
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (wajib bagi penoreh).

Pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Seperti dimaklumkan di awal tadi, jumlah BMT ditetapkan sebanyak RM800. Akan tetapi, pembayarannya dibuat secara berperingkat dengan kadar RM200 bagi setiap bulan. Ini adalah jadual pembayaran BMT:

  • November 2025: RM200
  • Disember 2025: RM200
  • Januari 2026: RM200
  • Februari 2026: RM200

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima seperti mana maklumat yang telah diberikan ketika permohonan atau kemaskini BMT dibuat.

Dimaklumkan juga bahawa hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima BMT ini bagi satu lot yang sama iaitu sama ada pemilik tanah (Pekebun Kecil) atau orang yang menoreh (Penoreh) dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi.

Bagi yang telah membuat permohonan atau kemaskini, semakan status kelulusan BMT boleh dibuat dengan kaedah berikut:

  • Langkah 1: Layari pautan Pekebun Kecil RISDA
  • Langkah 2: Masukkan No. Kad Pengenalan
  • Langkah 3: Klik butang ‘Semak.’
  • Langkah 4: Status permohonan bantuan dipaparkan.

Maklumat lebih terperinci tentang BMT boleh dirujuk di Portal Rasmi RISDA (DI SINI) atau Portal Pekebun Kecil RISDA (DI SINI).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *