RM200 Mula Dikreditkan Kepada Penerima Hari Ini (9 Mei 2025): Maklumat Penuh Bantuan BUDI 2025
Dalam era ekonomi yang serba mencabar ini, pelbagai lapisan masyarakat terus berdepan dengan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Antara golongan yang paling terkesan adalah para peniaga kecil dan sederhana, serta mereka yang bergantung kepada kenderaan diesel dalam rutin harian—sama ada untuk tujuan penghantaran, pengangkutan penumpang atau logistik.
Keperluan golongan ini bukan sahaja melibatkan akses kepada bahan api yang mampu milik, tetapi juga sokongan berterusan dalam bentuk insentif, kemudahan pembiayaan, dan perlindungan jangka panjang untuk kelangsungan perniagaan.
Peniaga kecil misalnya memainkan peranan penting dalam menggerakkan ekonomi tempatan. Mereka bergantung kepada rantaian bekalan yang stabil serta kos operasi yang terkawal bagi memastikan keuntungan yang diperoleh tidak terjejas.
Sebarang kenaikan harga diesel boleh memberi impak besar kepada harga barangan dan perkhidmatan, sekaligus menjejaskan daya saing mereka di pasaran. Justeru, keperluan mereka terhadap subsidi bahan api atau skim bantuan khusus amatlah penting untuk membantu mengekalkan kestabilan operasi perniagaan.
Begitu juga dengan individu yang menggunakan kenderaan diesel sebagai sumber rezeki seperti pemandu lori, van sekolah, teksi dan sebagainya. Kos bahan api yang tinggi boleh memberi tekanan kepada pendapatan harian mereka. Tanpa bantuan atau pelan sokongan daripada pihak berwajib, mereka terdedah kepada risiko kewangan yang lebih besar.
Maka jelas, golongan ini memerlukan perhatian dan intervensi yang bersasar daripada kerajaan bagi memastikan kelangsungan ekonomi mereka, serta kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan, terus terpelihara.
Oleh itu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Program BUDI MADANI. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program ini.
Bantuan BUDI MADANI 2025
BUDI MADANI pada asasnya merupakan inisiatif di bawah Kerajaan bagi memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Dengannya, kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu akan mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.
Terdapat dua kategori penerima BUDI MADANI iaitu:
- BUDI Agri-Komoditi : Bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.
- BUDI Agri-Komoditi : Bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.
Syarat-Syarat Kelayakan
Syarat-syarat kelayakan BUDI Agri-Komoditi adalah seperti berikut:
- Petani Kecil
- Warganegara Malaysia;
- Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem pendaftaran GeoAgro ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu:
- Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk pesawah padi)
- Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan
- Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk nelayan);
- Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000.
- Pekebun Kecil
- Warganegara Malaysia;
- Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan & Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia;
- Sebagai panduan, pekebun kecil melibatkan keluasan tanah yang dimiliki dan diusahakan mengikut sektor komoditi /jenis tanaman seperti berikut:
- Pekebun kecil Sawit persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
- Pekebun kecil Getah persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
- Pekebun kecil Koko, Lada dan Kenaf persendirian: keluasan 2.5 hektar ke bawah
- Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan;
- Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000.
Syarat-syarat kelauakan BUDI Individu pula adalah seperti berikut:
- Pemohon
- Warganegara Malaysia; dan
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah*.
- Kriteria Pemilikan Kenderaan
- Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
- Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) aktif;
- Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
- Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
- Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu
- Motosikal diesel;
- Kenderaan persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan;
- Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun.
- Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing;
- Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran
Pembayaran BUDI MADANI
Kadar pembayatan BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Individu ditetapkan sebanyak RM200 setiap bulan dan dibayar mengikut jadual berikut.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara memohon bantuan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal BUDI MADANI dengan tatacara berikut:
- Mendaftar akaun pengguna;
- Klik pada menu Permohonan Baharu > Pemilikan Kenderaan (Diesel) Individu/Agri-Komoditi;
- Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:
- No. Mykad
- No. Telefon Bimbit
- Nama Bank
- No. Akaun Bank
- Alamat e-mel
- Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:
- Nombor Pendaftaran Kenderaan
- Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor
- Jenama / Model Kenderaan
- Kelas Kegunaan Kenderaan
Maklumat lebih terperinci serta lengkap Program BUDI MADANI boleh dilihat dan rujuk di portal rasminya– DI SINI.