RM300 Dibayar Terus Ke Akaun Bank Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jadual lengkap Bantuan Sara Hidup
Sara hidup adalah isu yang semakin mendapat perhatian dalam masyarakat moden. Dengan kos barangan dan perkhidmatan yang meningkat, ramai individu dan keluarga merasai kesannya, terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
Tidak dapat dinafikan, kenaikan harga keperluan asas seperti makanan, perumahan, pendidikan, dan penjagaan kesihatan memberi impak besar kepada gaya hidup dan kesejahteraan rakyat.
Faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup termasuk inflasi, ketidaktentuan ekonomi global, dan perubahan iklim yang mempengaruhi bekalan makanan dan tenaga. Ini ditambah pula dengan gaya hidup moden yang menuntut perbelanjaan lebih untuk teknologi, hiburan, dan mobiliti, menjadikan pengurusan kewangan peribadi semakin mencabar.
Golongan B40 (isi rumah berpendapatan rendah) sering kali paling terkesan, tetapi cabaran ini turut dirasai oleh golongan M40 (berpendapatan sederhana). Mereka yang dahulunya mampu menjalani kehidupan dengan selesa kini mungkin perlu menyesuaikan diri dengan gaya hidup lebih berjimat.
Keadaan ini menyebabkan ramai terpaksa mencari sumber pendapatan tambahan, mengubah corak perbelanjaan, atau bergantung pada bantuan kerajaan dan komuniti.
Namun begitu, dalam menghadapi cabaran ini, terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk meringankan beban. Inisiatif kerajaan seperti subsidi, bantuan kewangan, dan pelepasan cukai adalah antara usaha yang diharapkan dapat membantu meringankan tekanan kos sara hidup. Selain itu, pengurusan kewangan yang bijak dan kesedaran tentang perancangan masa depan juga memainkan peranan penting.
Antaranya insiatif itu adalah Bantuan Sara Hidup (BSH). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tersebut: –
Bantuan Sara Hidup (BSH)
Di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan bulanan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup atau BSH.
Bantuan ini diberikan dengan kadar sebanyak RM300 setiap bulan bagi meringankan beban sara hidup harian veteran yang memerlukan. Malah, di bawah Belanjawan 2025, pihak Kerajaan telah bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup bagi veteran ATM yang tidak
berpencen kepada RM500 sebulan bagi menghargai jasa mereka.
“Kerajaan bersetuju supaya kadar Bantuan Sara Hidup berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) untuk veteran ATM tidak berpencen dinaikkan kepada RM500 sebulan ketimbang 300 ringgit pada masa ini.
Kerajaan turut bersetuju melanjutkan bayaran Penghargaan Khas Kepada Pesara dan penerima pencen terbitan mulai Januari hingga Disember 2025,” petikan ucapan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Veteran ATM:
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa;
- Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
- Balu yang berkahwin semula tidak layak;
- Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
- Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.
Cara Memohon
Bagi permohonan Bantuan Sara Hidup JHEV, ia boleh dibuat dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 yang boleh didapati di Portal Rasmi JHEV.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Segala maklumat yang diberikan hendaklah dipastikan sahih dan benar. Borang yang lengkap dan dokumen-dokumen sokongan kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
Setiap permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).
Jika permohonan diluluskan, ia akan berkuatkuasa selama tiga tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.
Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JHEV – DI SINI.