Bantuan Khas RM250 Seorang Akan Dikreditkan Pada Februari Ini. Berikut Senarai Penerima & Syarat Kelayakan
Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.
Bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.
Salah satu bantuan tersebut adalah Bantuan Khas Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.
Bantuan Khas Bernas & Senarai Penerima
Selepas Pahang, Terengganu & Kelantan, kerajaan akan mula mengagihkan Bantuan Khas Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) di negeri Kedah dan Perlis bermula bulan Februari sekali gus memanfaatkan lebih 71,000 pesawah.
Sebahagian lagi untuk pesawah di seluruh negara termasuk di Kedah dan Perlis akan mula diedarkan dalam masa terdekat iaitu seminggu dua lagi
Tarikh Bayaran Bantuan
Pada minggu pertama atau kedua Februari 2023
Jumlah Bayaran
RM250 setiap orang terlibat dalam mengerjakan sawah padi
Cara Bantuan Disalurkan
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) selaku agensi pembayar sedang mengenal pasti dan menyemak senarai pesawah yang layak berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan bagi memastikan proses pemberian bantuan berkenaan berjalan lancar.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi seperti maklumat di bawah:
Menara LPP ,
No. 20 , Jalan Sultan Salahuddin,
50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03- 2610 9600 Faks : 03- 2697 0987
E-mel : info@lpp.gov.my