Bantuan Tunai RM250 Dinaikkan Kepada RM300. Ini Cara Memohon Dan Senarai Penerima

Masih ramai rakyat Malaysia berada dalam kategori mereka yang memerlukan bantuan kewangan walaupun setahun sekali. Ini dapat membantu mereka mengurangkan beban hidup dan memenuhi keperluan asas harian.

Pihak kerajaan negeri ada menyediakan bantuan secara bulanan ini kepada mereka yang layak. Namun, ramai yang terlepas pandang dengan bantuan seperti ini. Oleh itu, ini adalah penerangan mengenai cara untuk memohon bantuan kewangan daripada salah satukerajaan negeri.

Salah satu bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:

Bantuan Dinaikkan Kepada RM300

Sebelum ini, bantuan in dikenali sebagai Biasiswa Sekolah Rendah (BSR). Kini ia dikenali sebagai Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah). Ia diperkenalkan sejak tahun 2002 lagi.

Biasiswa ini diberikan kepada murid – murid Tahun 4 hingga 6 yang sedang belajar di sekolah – sekolah rendah kebangsaan, jenis kebangsaan dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negeri Pahang Darul Makmur.

Bantuan ini merupakan usaha murni kerajaan negeri untuk memastikan setiap pelajar mempunyai akses kepada pendidikan yang mencukupi tanpa dibebani oleh masalah kewangan.

Jumlah Bantuan Diberikan

Pada mulanya, biasiswa ini hanya diperkenalkan untuk kumpulan sasar seerti anak-anak dari keluarga miskin atau daif dengan pendapatan keluarga dibawah paras RM700 sebulan. Kini telah diperluaskan kepada keluarga yang berpendapatan dibawah paras RM 2,500 sebulan.

Dengan perluasan kumpulan sasar ini, lebih ramai lagi mereka yang akan menerima bantuan ini. Maka, manfaat pendidikan dapat dinikmati secara lebih meluas dan menyeluruh.

Susulan dari perluasan ini, mulai tahun 2012, kadar baharu Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) telah dinaikkan daripada RM250 setahun kepada RM300 setahun bagi murid Tahun 4 hingga 6.

Sebagai penambahbaikan tahun 2022, Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) telah diberi penjenamaan baharu dan akan dikenali sebagai Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah)

Syarat-Syarat Kelayakan

Sebelum anda memohon, anda perlu mengetahui secara terperinci tentang kriteria-kriteria kelayakan untuk memohon. Kriteria ini penting kerana hanya mereka yang memenuhi syarat-syarat tertentu sahaja yang layak menerima bantuan ini.

Berikut adalah kriteria kelayakan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah):

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
  • Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai: Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga mesti dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
  • Pemohon dan ibu bapanya atau penjaganya yang lahir di luar Pahang dan ibu bapanya yang bukan warganegara Malaysia TIDAK LAYAK MEMOHON.
  • Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  • Advertisement
    Advertisement
  • Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  • Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  • Pemohon mestilah sedang belajar di Tahun 3 bagi tahun semasa di Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) / Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam Negeri Pahang Darul Makmur.
  • Murid yang pernah digantung / dibuang sekolah tidak layak memohon.

Cara Memohon Bantuan

Pihak Yayasan Pahang (YP)sebagai pengurus bantuan ini telah menambahbaik proses permohonan di mana permohonan dibuat hanya melalui sekolah dan dibuat secara dalam talian, Selain itu, pihak sekolah tidak perlu menghantar borang permohonan ke YP.

Jika anda kurang memahami mengenai penerangan ini. Anda boleh melayari laman web rasmi Yayasan Pahang dan pergi ke pautan berikut: https://www.yp.org.my/direktori/

Anda boleh menghubungi pihak yang bersesuaian dengan pertanyaan anda.

Cara Memohon Temu Janji

Anda juga boleh melakukan temu janji dengan pihak YP dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

1- Urusan janji temu boleh dibuat melalui laman web Yayasan Pahang (YP).
2- Waktu janij temu bermula 8.30 – 4.30 petang pada setiap hari bekerja sahaja.
3- Permohonan janji temu dalam talian boleh dibuat seawal 30 hari dari tarikh semasa dan tertakluk kepada kekosongan.
4- Pemohon hendaklah memilih tarikh dan slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi yang telah ditetapkan.
5- Pengesahan janji temu akan dihantar melalui pesanan ringkas (SMS) berdasarkan nombor telefon yang didaftarkan semasa membuat permohonan.
6- Jika pemohon lewat atau tidak hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, janji temu yang dibuat akan terbatal dan perlu membuat permohonan semula.
7- Pemohon hendaklah mendaftar masuk (check in) dengan mengimbas kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis YP.
8- Semasa hadir untuk berurusan janji temu, sila pastikan tuan/puan memakai pelitup muka dan hidungg (face mask) serta mengamalkan penjarakan sosial 1 meter ketika berada di ruangan kaunter.

Advertisement
Advertisement