Senarai penuh mereka yang layak & cara mudah menebus Bantuan RM100 secara “online”

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai yang diperkenalkan atau diteruskan di bawah Belanjawan 2024.

Ia termasuklah apabila Kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan sebuah insentif baru bagi tahun ini (2024) yang dikenali sebagai Baucar Buku RM100. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan baucar ini:-

Baucar RM1o0 untuk rakyat Malaysia

Ketika berucap merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian Baucar Buku bernilai RM100. Pemberian itu dibuat bagi merancakkan budaya membaca di kalangan rakyat khususnya golongan muda.

Baucar bernilai RM100 itu akan diberikan kepada semua pelajar tahap dua sekolah rendah (darjah 4 hingga 6), sekolah menengah dan hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).

“Untuk anak-anak, baik di sekolah kebangsaan, sekolah Arab, sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil dan universiti, kita berikan baucar RM100.

“Bagi tahun ini, kita mulakan dari Darjah Empat, untuk mengurangkan tekanan kewangan kerajaan. Ia turut diberikan kepada pelajar sekolah menengah, universiti, kolej, institusi perguruan dan sebagainya,” katanya.

Perdana Menteri juga menyentuh tentang kurangnya minat membaca di kalangan generasi muda masa kini. Oleh itu, semua pihak termasuk kerajaan disarankan lebih berani membuat anjakan ke arah membudayakan amalan membaca.

Dalam masa sama, beliau melihat sambutan positif kepada PBAKL kali ini yang mencecah lebih sejuta pengunjung dalam tempoh tujuh hari penganjurannya, sebagai petanda baik berkait minat masyarakat terhadap buku.

“Minat membaca menurun, diganti dengan media sosial yang kononnya memberi laporan dalam satu dua minit… ya, ini membimbangkan. Dalam negara MADANI, kita mesti mengangkat semula (budaya membaca) dan berani membuat sedikit anjakan. Saya berterima kasih kepada pihak penganjur (PBAKL) kerana tahun ini, bukan saja pengunjung ramai tetapi dalam masa empat hari pertama, pembelian buku bertambah ketimbang tahun sebelumnya.

“Jadi, yang sudah datang (ke PBAKL), beli buku, balik nanti kenalah baca. Saya juga berharap buku penulisan Sasterawan Negara kita tidak ditinggalkan. Ada (banyak) novel penulisan Sasterawan Negara terkemuka yang diterbitkan, antaranya karya Datuk Seri A Samad Said, Allahyarham Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad dan Datuk Dr Anwar Ridhwan. Senarai (karya) Sasterawan Negara ini yang patut diusulkan (untuk dibaca),” katanya.

Advertisement
Advertisement

Cara Tebus Baucar Buku RM100

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, khususnya golongan pelajar tahap dua sekolah rendah hinggalah ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) penebusan baucar ini boleh dibuat secara dalam talian (online sahaja).

Ia adalah melalui Sistem Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) dengan cara berikut:

  • Murid/pelajar log masuk aplikasi DELIMa menggunakan akaun serta kata laluan DELIMa
  • Klik ikon Kota Buku Digital.
  • Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.
  • Murid/pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.
  • Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (checkout) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).
  • Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.
  • Penebusan selesai.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Anwar Ridhwan berkata, kajian yang dibuat pada tahun 2022 menunjukkan budaya membaca dalam kalangan rakyat di negara ini masih berada pada tahap kurang memuaskan. Hal ini kerana, rata-rata rakyat Malaysia hanya memperuntukkan tiga jam seminggu untuk aktiviti membaca.

“Bagaimanapun, pada pandangan saya kajian ini tidak termasuk teks digital yang dibaca di telefon bimbit kerana ada banyak lagi sumber bacaan boleh diperolehi,” katanya pada sidang akhbar selepas Karnival Kelantan Membaca Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *