Bantuan RM200 Dikreditkan Setiap Bulan Untuk Anak-Anak Penerima Bantuan. Berikut Syarat-Syarat Kelayakan

Bantuan setiap bulan merupakan inisiatif yang penting untuk kumpulan atau kategori keluarga yang memerlukan. Bantuan secara bulanan boleh membantu sedikit sebanyak penerima tersebut untuk memenuhi keperluan harian mereka secara berterusan pada bulan tersebut.

Selain itu, terdapar juga bantuan secara bulanan kepada anak-anak penerima bantuan yang ramai terlepas pandang. Bantuan ini mampu memberi manfaat kepada anak-anak penerima yang layak. Berikut merupakan penjelasan mengenai bantuan kewangan BLP bagi tahun 2024.

Bantuan Kewangan BLP RM200 Setiap Bulan

Melalui Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), salah satunya adalah Bantuan Latihan Perantis (BLP) untuk klien JKM atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan bertujuan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

Kadar Bantuan

Untuk mereka yang layak menerima, kadar bayaran Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah sebanyak RM200 setiap bulan setiap penerima.

Syarat-Syarat Kelayakan

Bagi setiap bantuan, terdapat syarat kelayakan yang diperlukan untuk penerima bantuan. Berikut merupakan senarai syarat-syarat kelayakan:

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  3. Kes-kes seliaan akhlak; atau
  4. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU

Nota Maklumat Tambahan

Kelulusan adalah berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

Advertisement
Advertisement

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Permohonan

Untuk maklumat semua, pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Oleh itu, urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang Berkaitan

Berikut merupakan borang-borang yang diperlukan bagi permohonan bantuan ini:

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *