Sumbangan Tunai RM500 telah dikreditkan ke akaun masing-masing: Semak senarai penuh penerima

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diteruskan di bawah Belanjawan 2024.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Bagi membantu golongan B40 dan M40 dalam mendapani cabaran kos sara hidup, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Belanjawan 2024.

Pemberian bantuan itu juga telah ditambah baik, sesuai dengan hikmah penyasaran semula subsidi. Bagi pembayaran STR Fasa 1, ia akan diberikan kepada kategori penerima isi rumah, bujang dan warga emas.

Berikut adalah jadual kadar pembayaran STR Fasa 1 bagi setiap penerima:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM500
  • Bilangan anak 1 – 2: RM500
  • Bilangan anak 3 – 4: RM500
  • Bilangan anak 5 & ke atas:RM500

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: RM100
  • Bilangan anak 1 – 2: RM150
  • Bilangan anak 3 – 4: RM250
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM300

Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM100

Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM150

Dimaklumkan bahawa individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Cara Pembayaran

Seperti mana sebelum ini, pembayaran STR dibuat secara kredit terus ke akaun penerima. Manakala, mereka yang tidak memiliki akaun bank atau berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Dalam masa sama, permohonan STR juga dibuka sepanjang tahun mulai 01 November 2023. Oleh hal demikian, pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Berikut adalah kategori permohonan yang dibuka sepanjang tempoh permohonan STR 2024:

  • Pemohonan Baharu;
  • Kemas Kini Permohonan;
  • Permohonan Rayuan / Rayuan Tambahan;
  • Perubahan Maklumat Asas Permohonan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi maklumat lengkap berkenaan bantuan ini, boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *