Bantuan Kewangan STR Fasa 1 untuk rakyat Malaysia: Senarai penerima RM100 hingga RM500

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diteruskan di bawah Belanjawan 2024.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR adalah sebuah bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia dalam kalangan B40 dan M40 berkelayakan. Ia diberikan kepada kategori isi rumah, warga emas dan bujang.

Ia juga diberikan dengan tujuan untuk membantu mereka yang memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Seperti mana semua sedia maklum, pemberian STR bagi tahun 2024 adalah sebanyak empat fasa.

STR Fasa 1

Bagi pembayaran STR Fasa 1 bagi tahun 2024 ini, berikut adalah maklumat kategori penerima dan kadar yang layak:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM500
  • Bilangan anak 1 – 2: RM500
  • Bilangan anak 3 – 4: RM500
  • Bilangan anak 5 & ke atas:RM500

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

Advertisement
Advertisement

  • Bilangan anak 0: RM100
  • Bilangan anak 1 – 2: RM150
  • Bilangan anak 3 – 4: RM250
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM300

Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM100

Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM150

Tarikh Pembayaran

Seperti mana maklumat dari Portal Rasmi STR, pembayaran STR Fasa 1 akan dibuat pada bulan Februari 2024. Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan pengumuman pihak Kerajaan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Berkenaan kaedah pembayaran STR, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima. Bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *