Bantuan Am Persekutuan RM100 – RM350 setiap bulan untuk B40: Ini cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah Bantuan Am Persekutuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Bantuan Am Persekutuan

Bantuan ini pada asasnya diperkenalkan oleh JKM dengan objektif bagi membantu individu atau keluarga kurang berkemampuan  untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar Bantuan Am Persekutuan adalah minima RM100 seorang dan maksimum RM350 sekeluarga dan akan dikreditkan setiap bulan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.
  • Advertisement
    Advertisement

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan JKM, permohonan bantuan ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat.

Akan tetapi, permohonan hanya boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat di Wilayah Persekutuan sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.

Hal ini bertepatan dengan syarat kelayakan Bantuan Am Persekutuan iaitu hanya layak kepada warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan.

Setiap permohonan yang didaftarkan juga akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *