Bantuan RM500 setiap bulan untuk warga emas berumur 60 tahun & ke atas: Cara memohon
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan RM500 setiap bulan
Di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ada sebuah bantuan kewangan bulan yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas (BWE). BWE ini diperkenalkan bagi membantu warga emas meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti masyarakat.
Kadarnya adalah sebanyak RM500 dan akan dikreditkan setiap bulan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan dan diluluskan permohonan.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.
Cara Memohon
Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan, pemohon atau wakil yang sah boleh membuat permohonan BWE di Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Setiap permohonan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Perkara itu bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja