Bantuan Tunai RM350-RM2000 Akan Dikreditkan Mulai Tahun Ini (2024). Berikut Senarai Penerima & Jumlah Bayaran
Bantuan tunai adalah sangat penting dan merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh mereka yang memerlukan. Bermula tahun 2024 ini, lebih banyak berita baik untuk kategori B40 dan mereka yang berpendapatan isi rumah RM5,000 & ke bawah.
Berikut ialah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan berkenaan:
Berikut Senarai Penerima Yang Berkelayakan:
- Isi Rumah (Asas) Berpendapatan RM2,500 atau kurang
- Isi Rumah (Asas) Berpendapatan RM2,501 – RM5,000
- Warga Emas Bujang
- Bujang Berpendapatan RM2,500 atau kurang
Jumlah Bantuan Tunai Bagi Setiap Kategori
Isi Rumah (Asas) Berpendapatan RM2,500 atau kurang
- Bilangan anak 0: RM1,000
- Bilangan 1-2: RM1,500
- Bilangan anak 3-4: RM2,000
- Bilangan anak lebih 5: RM2,500
Isi Rumah (Asas) Berpendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM500
- Bilangan 1-2: RM750
- Bilangan anak 3-4: RM1,000
- Bilangan anak lebih 5: RM1,250
Warga Emas Bujang: RM600
Bujang Berpendapatan RM2,500 atau kurang: RM350
Tarikh Pembayaran
Bagi pembayaran pertama STR 2024, ia akan dibuat sebelum Ramadan atau bulan Februari tahun ini. Berita gembira untuk semua apabila bayaran pertama STR untuk isi rumah tahun hadapan juga dinaikkan kepada RM500.
Untuk pengetahuan semua, pemberian STR 2024 akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa negara ini. Pihak Kerajaan juga meningkatkan peruntukan STR 2024 kepada RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.
Tempoh Permohonan
Tempoh permohonan adalah sepanjang tahun mulai 1 NOVEMBER 2023
Kaedah Permohonan :
- Secara dalam talian di Portal STR 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan.
Nota:
i. Lokaliti / Pejabat Satelit (PS) di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, waktu operasi Kaunter STR pada hari Khamis adalah sehingga jam 3.30 petang.
ii. Kaunter STR tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi Negeri yang terlibat) *tertakluk kepada pindaan
iii. Bagi Kaunter STR yang tidak beroperasi pada tarikh di atas, notis pemakluman kepada umum akan dipamerkan di LHDNM / Pejabat Satelit (PS) berkenaan.
iv. Waktu pembukaan Kaunter STR adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.