Bantuan RM500 setiap bulan untuk yang berumur 60 tahun ke atas: Syarat-syarat & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Warga Emas (BWE)

Di bawah JKM, terdapat sebuah bantuan kewangan bulan yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas (BWE). Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu warga emas meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti masyarakat.

Kadar BWE adalah sebanyak RM500 dan akan dikreditkan setiap bulan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan dan diluluskan permohonan mereka.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Advertisement
    Advertisement
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan BWE, pemohon atau wakil yang sah boleh membuat permohonan bantuan ini di Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Akan tetapi, setiap permohonan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Perkara itu bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *