Bantuan Tunai RM200 & RM900 dikreditkan kepada B40 & M40: Ini senarai penuh penerima
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Antaranya adalah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023.
Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-
Bantuan Tunai STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 berkelayakan. Penerimanya pula merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.
Bagi pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3, ia telah pun dikreditkan kepada yang layak dengan kadar yang ditetapkan. Makanya, kini berbaki STR Fasa 4 yang bakal dikreditkan.
Kadar STR Fasa 4
Bagi pembayaran STR Fasa 4, ia akan dibuat kepada penerima di kalangan B40 dan M40 mengikut tangga gaji dan bilangan tanggungan. Berikut adalah maklumat kadar pembayaran STR Fasa 4:
Isi Rumah Pendapatan RM2, 500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4:RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
Tarikh Pembayaran
Untuk maklumat, pembayaran STR Fasa 4 akan dilaksanakan pada bulan November 2023.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Berkenaan cara pembayarannya pula, ia akan disalurkan secara kredit terus ke akaun penerima. Bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.