RM1,500 Dikreditkan Minggu Depan (24 Mac 2025): Maklumat Penuh Bantuan Khas Kewangan 2025

Sambutan Hari Raya sememangnya dinanti-nantikan setiap tahun. Ia bukan sekadar hari kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga waktu untuk berkumpul bersama keluarga, mengeratkan silaturahim, serta menikmati juadah istimewa.

Namun, di sebalik kemeriahan ini, ramai yang berdepan dengan cabaran kewangan dan persiapan yang membebankan. Perbelanjaan untuk pakaian baru, kuih-muih, hiasan rumah, dan persediaan pulang ke kampung boleh menjadi beban jika tidak dirancang dengan baik.

Dalam kegembiraan menyambut lebaran, penting untuk memastikan kewangan diurus dengan bijak agar tidak menjejaskan kestabilan selepas hari raya berlalu. Perbelanjaan berlebihan boleh membawa kepada hutang yang membebankan, terutama jika dilakukan secara impulsif tanpa perancangan yang rapi.

Oleh itu, pengurusan kewangan yang efektif serta langkah berjimat-cermat perlu diambil bagi memastikan Hari Raya disambut dengan penuh keceriaan tanpa tekanan kewangan.

Selain aspek kewangan, beban persiapan juga boleh dikurangkan dengan pembahagian tugas dalam keluarga. Amalan bergotong-royong dalam menyediakan juadah, menghias rumah, dan mengurus perjalanan balik kampung bukan sahaja mengurangkan tekanan tetapi juga mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Begitu juga dengan sikap sederhana dalam menyambut perayaan, di mana keutamaan diberikan kepada makna sebenar Aidilfitri, iaitu kesyukuran, kemaafan, dan kebersamaan.

Oleh hal demikian, terdapat beberapa Kerajaan Negeri yang telah bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan atau BKK bersempena Aidilfitri ini. Berikut adalah penjelasan lanjut tentang bantuan khas yang telah diperkenalkan.

Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

Antara Kerajaan Negeri yang telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri adalah Kerajaan Negeri Perak dengan kadar RM1,500 secara sekali bayar (‘one-off’).

Bantuan atau ‘bonus raya’ ini akan diberikan kepada para penjawat awam negeri berkenaan seramai 13,582 orang dan dengan implikasi kewangan RM10 juta.

Pembayaran bantuan ini merupakan tanda penghargaan Kerajaan Negeri kepada para penjawat awam dan didorong oleh amalan berjimat kerajaan negeri.

“Kita berterima kasih kepada pasukan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri yang pandai menjimatkan duit yang akhirnya apabila saya sembang apa yang patut kita beri (BKK Raya) adalah RM1,500.

“Maka, kita tengok pelabur-pelabur pun sudah berminat dan mula datang ke negeri Perak untuk mengembangkan pelaburan mereka,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 hadirin sempena Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar bersama penjawat awam negeri Perak.

Pembayaran bantuan khas ini akan dilaksanakan secara kredit terus ke akaun penerima pada 24 Mac 2025 (Isnin). Untuk makluman, bantuan khas ini tidak melibatkan sebarang permohonan dan akan diberikan secara automatik.

Bantuan Khas Kewangan Negeri-Negeri Lain

Selain Perak, Kerajaan Negeri Pahang turut memperkenalkan bantuan sama dengan kadar sebanyak RM1,000 kepada para penjawat awam negeri berkenaan. Bantuan ini akan dimanfaatkan oleh sekitar 8,000 penerima dan melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM8 juta.

Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail – bantuan ini akan dibayar seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri dan bertujuan untuk meringankan beban mereka bagi membuat persiapan.

“Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini akan mula dibayar seminggu sebelum Aidilfitri. Diharapkan bantuan ini dapat meningkatkan semangat penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama,” katanya dalam kenyataan media.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam masa sama, Kerajaan Negeri Sembilan pula bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM200 kepada penjawat awam persekutuan yang bertugas di negeri berkenaan.

Pemberian bantuan itu melibatkan kira-kira 48 ribu orang penjawat awam persekutuan dan melibatkan peruntukan hampir RM10 juta. Pembayarannya telah pun dibuat pada bulan lalu (Februari 2025).

“Sumbangan RM200 kepada penjawat awam Negeri Sembilan kita sedia maklum penjawat awam di Negeri Sembilan ni ramai hampir 50,000 orang melibatkan tentera, guru-guru dan lain-lain.

“Kita beri RM200 ini sebagai menghargai pengorbanan mereka dalam kerjasama bersama agensi sedia ada. Ini memberikan kita kejayaan yang kita rasai hari ini,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *