Semakan Bantuan STR Fasa seterusnya untuk B40 dan M40: Mula dibayar bulan depan (Ogos 2024)

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai yang diperkenalkan atau diteruskan di bawah Belanjawan 2024.

Ia termasuklah apabila Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada rakyat negara ini dari kalangan B40 dan M40. Bantuan ini pada asasnya merupakan kesinambungan bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan beberapa lagi.

Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup pada masa kini. Tindakan Kerajaan melaksanakan penyasaran semula subsidi juga telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024.

Bantuan ini diberikan kepada golongan B40 dan M40 iaitu merangkumi mereka yang berpendapatan bawah RM5,000 sebulan. Kadar bantuan pula berbeza-beza mengikut kadar pendapatan, jumlah tanggungan dan status (isi rumah/bujang/warga emas).

Bagi tahun 2024 ini, syarat-syarat kelayakan STR adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Semakan STR

Bagi pembayaran STR, ia akan dibuat dengan dua kaedah utama iaitu secara kredit terus ke akaun bank mengikut maklumat yang telah diberikan ketika permohonan dibuat. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Bagi mereka yang telah membuat permohonan, semakan status (lulus/tidak lulus) STR boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi STR dengan tatacara berikut:

  • Layari Portal Rasmi STR
  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Selain itu, semakan status STR juga boleh dibuat dengan menghubungi Talian Hotline BKK: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran.

Untuk makluman, jika paparan keputusan semakan adalah “Status Permohonan Diterima” adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.

Status “Dalam Proses” pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Jika keputusan menunjukkan permohonan “Tidak Lulus”, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024 di Portal Rasmi STR bagi mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.

Secara lebih khusus, pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah seperti berikut:

  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR 2024; atau
  • Pemohon yang berstatus Lulus STR 2024 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR dan semakan status, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *