Bantuan Tunai RM200 & RM300 telah dikreditkan: Semak senarai penuh penerima
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Antaranya adalah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan di bawah Bantuan Khas Penghargaan.
Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-
Bantuan Kewangan RM200 & RM300
Dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM200 dan RM300.
Bantuan kewangan itu akan diberikan kepada penerima berikut:
- RM200: Diberikan kepada semua pesara Kerajaan, termasuk para pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
- RM300: Diberikan kepada para pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak.
Selain itu, mereka yang berkhidmat sebagai pegawai Personel MySTEP juga layak menerima bantuan khas ini dengan syarat mereka telah dilantik sebelum 10 Ogos 2023 dan masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Pembayaran Bantuan
Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pembayaran Bantuan Khas Penghargaan akan dibuat pada 10 Ogos 2023.
Cara pembayaran bantuan ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang menepati syarat-syarat kelayakan.
Bagi maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi JPA – DI SINI.